LUBNAN LEBIH MULIA DARI MAKKAH DAN MADINAH?


Oleh : Anasz*

1. Kenyataan Kumpulan Askar Pencen yang mahukan penenpatan Tentera Malaysia di Arab Saudi dikaji semula dengan alasan tidak mahu ATM terlibat dalam konflik di Asia Barat, maka suka kami nak tanya pada mereka, kenapa hanya minta penempatan ATM di Arab Saudi sahaja dibawa keluar? Kenapa tidak di Lubnan?

2. Sedangkan di Lubnan, ianya jauh lebih bahaya, kerana melibatkan konflik antara negara dengan negara (Lubnan dan Israel) dan bukannya sepertimana konflik yang berlaku di Yaman (Antara puak pemisah Syiah Houthi dengan Kerajaan Sah Yaman yang disokong oleh Negara-Negara Arab).

3. Jika nak dibandingkan kes antara Lubnan dengan Israel dengan konflik yang terjadi di Yaman, kes di Yaman persis seperti cabaran komunis di Malaysia pada era darurat. Ianya adalah isu dalaman yang mana kerajaan sah di negara berkenaan meminta bantuan negara sekutu mengembalikan keamanan di negaranya (Dalam konteks ini kerajaan sah Yaman minta bantuan negara Arab yang lain membantu mengembalikan kestabilan negaranya yang diancam oleh puak pemisah Syiah Houthi).

4. Manakala konflik diantara Lubnan dan Israel adalah melibatkan antara aktor negara dengan negara, yang mana pastinya instrumen ketenteraan mereka jauh lebih besar dan tersusun dari apa yang dimiliki oleh Syiah Houthi. 

5. Apakah ancaman aktor bukan negara (non-state actor) seperti Syiah Houthi lebih bahaya daripada aktor negara (state actor) seperti Israel yang ada kepakaran dan latihan ketenteraan secara berkala? 



6. Apakah ancaman Syiah Houthi yang tidak membentuk kerajaan dan tidak mempunyai kelengkapan ketenteraan yang sempurna lebih berbahaya dari Israel yang mempunyai kelengkapan persenjataan dan latihan ketenteraan?

7. Dan berkali-kali Menteri Pertahanan Malaysia yang lalu menyatakan, penempatan ATM di sana adalah sebahagian dari kesiapsiagaan Malaysia untuk mempertahankan 2 Kota Suci Umat Islam, Makkah dan Madinah, dari diserang oleh musuh. (Rujuk : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/305216/malaysia-akan-pertahan-makkah-madinah-jika-diserang)

8. Kami tidak kesah pun jika ini kaedah anda nak menjilat Menteri Pertahanan Syiah dari negara tertentu, tetapi biarlah nampak pandai sikit bila nak berbicara tu. 

9. Dan sekadar nak bertanya kepada kumpulan askar pencen ni, apakah mempertahankan tanah Lubnan lebih utama dari mempertahankan Makkah dan Madinah?

10. Akhir kalam, benarlah kata-kata PM ke 7 yang menyatakan ramai antara rakyat Malaysia yang Uneducated.

* Penulis merupakan penyelidik bebas dan graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Analisis Keselamatan dari UKM.

Post a Comment

0 Comments