Oleh : Jebat
1. Sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan semalam, kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan kuota khusus seribu tempat pelajar untuk Cina memasuki program matrikulasi KPM. (Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/431677)
2. Ada pihak yang marah-marah. Katanya kerajaan hari ini menghakis kedudukan hak istimewa bumiputera.
3. Suka kami menjelaskan disini bahawa, keputusan kerajaan hari ini bukanlah suatu perkara baharu sebenarnya. Ianya telah pun dilaksanakan sejak 2003 tanpa mengira kaum tertentu semata-mata. (Rujuk : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20130705/pa_06/Kuota-10-peratus-pelajar-bukan-bumiputeramasuk-matrikulasi)
4. Namun tidak dinafikan juga, kerajaan turut memberikan kuota tambahan secara khusus untuk kaum tertentu. Misalnya pada 2013, kerajaan mengumumkan kuota tambahan 1,500 tempat bagi pelajar berbangsa India untuk mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi bagi sesi pengambilan 2013/2014, melebihi 1,000 tempat yang dijanjikan. (Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-tepati-janji-tambah-kuota-pelajar-kaum-india-ke-program-matrikulasi-1.156269)
5. Maka tak payahlah bising-bising bahawa dengan berkata 'inilah suatu penindasan bagi bumiputra' atau 'hadiah istimewa' kepada bangsa tertentu sedangkan ianya suatu amalan biasa yang telah lama berjalan.
6. Kesimpulan, janganlah tunggu sampai gaji 4 ribu baru nak bayar hutang PTPTN. Hiduplah dalam dunia realiti dan jangan menunggu janji Rafizi Ramli. (Rujuk : http://rafiziramli.com/2012/04/soal-jawab-ptptn-kita-mampu-hapuskan-ptptn/). Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan petunjuk kepada pemerintah hari ini dalam mentadbir negara ini.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.