Ibnu Taimiyyah berkata, Ikhlas adalah hakikat Islam. Kerana Islam adalah berserah diri hanya kepada ALLAH, tidak kepada selain dari-NYA. Barang siapa tidak mahu berserah diri kepada ALLAH bererti dia telah berbuat sombong. Barang siapa berserah diri kepada ALLAH dan kepada selain dari-NYA sahaja, maka bererti dia telah berbuat syirik. Baik sikap sombong mahupun syirik adalah bertentangan dengan Islam. Kerana itu, pangkal Islam adalah "bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan ALLAH." Kalimat ini mencakupi ibadah kepada ALLAH semata-mata dan meninggalkan ibadah yang dilakukan selain untuk-NYA. Inilah Islam (kepasrahan) secara umum di mana ALLAH tidak menerima agama selain Islam, baik dari orang-orang terdahulu mahupun sekarang. Hal ini sebagaimana firman ALLAH Subhanawata'ala ; "Dan sesiapa yang mencari ugama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." [Ali 'Imran : 85] Hal ini menjelaskan bahawa, asas agama itu pada dasarnya adalah bahagian dalam (ruh) dari ilmu dan amal. Sedangkan amal-amal lahir tidak berguna tanpa bahagian dalam ini. Al-Fatawa, 10 : 109 #Tazkirah
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.