HIKMAH DALAM PERINTAH-PERINTAH ALLAH


Ibnu Taimiyyah berkata;

Segala sesuatu yang diperintahkan oleh ALLAH, maka Dia perintahkan kerana adanya hikmah. Dan apa yang ditegah-NYA juga kerana ada hikmnah-NYA. Ini adalah pandangan semua imam Fiqh, kaum Salaf, semua imam mahupun golongan awam. Jadi ibadah murni tanpa mengandungi hikmah itu tidak pernah terjadi.

Adapun melontar Jumrah, Sa'ie, antara Safa dan Marwah, maka itu adalah perbuatan yang dimaksudkan untuk berzikir kepada ALLAH. ALLAH telah berfirman;

"Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah;" [Al-Baqarah : 158]

Lalu bagaimana boleh dikatakan tidak ada hikmah? Adapun perbuatan yang diperintahkan dalam syariat tanpa mengandungi maslahat, manfaat mahupun hikmah selain sekadar berbuat taat, sedangkan kaum mukminin menunaikannya, maka hal ini tidak pernah aku ketahui.

[Al-Fatawa, 10:144-146]

#Tazkirah

Post a Comment

0 Comments