DENGKI

Ibnu Taimiyyah berkata,

Sesungguhnya dengki adalah salah satu penyakit hati dan merupakan penyakit umum, hingga tidak ada manusia yang selamat darinya kecuali sedikit. Kerana itu, ada yang mengatakan : tidak satu jasad yang terlepas dari dengki, tapi orang yang terlaknat menampakkannya dan orang yang mulia menyembunyikannya.

Kepada Hasan Basri ditanyakan : apakah orang beriman memiliki sifat dengki? Maka dia menjawab, "Apakah yang membuatmu lupa akan cerita-cerita saudara-saudara Yusuf? Tapi sembunyikanlah [1] sifat ini dalam hatimu, kerana ia tidak akan membahayakanmu selama engkau tidak melampaui batas dengan melalui tangan dan lidah [2].

Kerana itu, barangsiapa menemukan sifat dengki pada orang lain dalam hatinya, maka hendaklah dia berbuat taqwa dan sabar, hingga dia tidak menyukai sifat itu pada dirinya.

[1] 'Ammihi : ertinya simpanlah dalam hatimu hingga tak seorang pun melihatnya.

[2] Tu'Addihi : iaitu melampaui batas dengannya melalui tangan dan lidah.

(Al-Fatawa, 10 : 124-125)

#PenaUlama
#Tazkirah

Post a Comment

0 Comments