QATAR : APA SETERUSNYA?


1. Semalam ada seorang sahabat aku meminta penjelasan berhubung status semasa hubungan diantara negara Qatar dengan beberapa negara jirannya.

2. Untuk tidak mengecewakan dia, aku cubalah memberi penjelasan semudah yang mungkin.

3. Perlu ditegaskan disini bahawa, Arab Saudi, Bahrain, UAE dan Mesir tidak pernah 'blockade' Qatar.

4. Apa yang 4 negara ini buat hanyalah boikot. Boikot pun hanya bersandarkan hubungan bilateral.

5. Buktinya, pesawat Qatar Airways masih boleh terbang sehingga ke Kuala Lumpur.



6. Pelabuhan di Qatar (Hamad Port) masih beroperasi seperti biasa.

7. Kesemua negara ini tidak pernah teringin atau berniat untuk menukar regim pemerintahan di Qatar. Sebaliknya mereka hanya mahukan regim pemerintahan Qatar menukar polisi dan dasar luar negara berkenaan yang gemar mencampuri urusan dalaman negara lain. Itu sahaja. (Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=lZcCHz3ZMnc)

8. Tidak seperti dasar luar Qatar, yang cuba menukar regim pemerintahan di beberapa buah negara lain, yang menyebabkan berlakunya kacau bilau di dunia Arab. Misalnya di Libya dan Yaman. (https://www.youtube.com/watch?v=K3Sg2lNk-n8)

9. Dan kita kena lihat isu ini dengan lebih holistik. Sehingga hari ini, ada tak kita dengar laporan berita yang melaporkan ada diantara rakyat Qatar mati kelaparan atau hidup melarat disebabkan boikot yang dilaksanakan oleh negara-negara Arab ini?

10. Bandingkan pula dengan kehidupan rakyat di Libya dan Yaman atau dimana-mana negara yang mana Qatar ada terlibat dalam kekalutan politik di negara berkenaan?

11. Dan apa yang nak ditakutkan sangat pasal kehidupan rakyat di Qatar. Kan masyarakat antarabangsa mengenali Qatar sebagai sebuah negara yang kaya raya. Jadi sepatutnya, tak timbul sebarang masalah untuk menampung perbelanjaan kewangan negara mereka (dari aspek kelansungan keselamatan makanan dan lain-lain).

-Anasz-
Penyelidik Bebas.
MA Security & Strategic Studies, UKM.


Post a Comment

0 Comments