JANGAN TERTIPU


Oleh : Anasz*

Menganalisis politik ni memerlukan anda bijak dan melihat sesuatu isu. Anda perlu banyak bersabar dan melihat sesuatu isu itu dari pelbagai sudut pandang. Tidak semestinya apa yang anda baca di media-media arus perdana atau sosial adalah satu kebenaran. Kerana banyak perjalanan politik dunia ini berlaku dibelakang tabir yang kadangkala tidak diketahui oleh orang awam.

Misalnya ketika kebangkitan revolusi Syiah Iran pada era 80an.

Ramai yang melihat Iran sebagai sebuah negara "Islam" yang kelihatan amat pro Palestin dan anti Israel. Malah bersandarkan kenyataan-kenyataan media yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Iran, kita dapati bahawa, banyak Islam ditipu hidup-hidup oleh mereka.

Natijahnya, bila kajian dan analisis yang dilakukan oleh pakar dalam bidang berkenaan (politik dan hubungan antarabangsa) mendapati bahawa, percakapan ahli politik Iran tidaklah serupa sepertimana tindakan mereka.

Disebalik pertengkaran "ucapan" diantara dua pemimpin negara ini di media antarabangsa, pada hakikatnya Israel dan Iran masih tidak pernah berperang secara fizikal. Malahan menurut kajian yang dilakukan oleh Trita Parsi (pensyarah dalam bidang Politik dan Hubungan Antarabangsa) mendapati ketika Revolusi Iran sedang bersemarak, hubungan Israel - Iran terus berada dalam keadaan yang baik (walaupun tidak ada hubungan diplomatik secara langsung).

Malah Israel secara rahsia telah memberikan pelbagai bantuan kewangan dan persenjataan kepada regim Khomeini di Iran.

Tindakan Israel ini juga persis dengan apa yang dilakukan oleh Israel kepada Hezbollah di Lubnan. Di satu sisi, mereka kelihatan bermusuh. Dibelakangnya, mereka berpeluk sakan.

p.s : Orang bodoh gelojoh melihat isu. Orang bijak, bersabar dalam mendepani isu.

* Penulis merupakan graduan Sarjana (Master) dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Post a Comment

0 Comments