MENGHARAP KEPADA MAKHLUK ADALAH KEHINAAN.

Ibnu Taimiyyah berkata,

Jika seorang hamba menghinakan diri di hadapan ALLAH, (dengan) sangat mengharap serta tunduk kepada-NYA, maka dia ssemakot dekat kepada-NYA dan semakin tinggi kedudukannya. Jadi makhluk yang paling bahagia adalah yang paling besar penghambaanya kepada ALLAH S.W.T.

Sementara mahkluk, maka ianya seperti yang dikatakan :

# Berharaplah kepada sesiapa sahaja yang kau kehendakki, niscaya kau akan menjadi tawanannya.

# Tidak mengharapkan dari sesiapa sahaja yang engkau mahu, niscaya engkau menjadi saingannya.

# Dan berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja, niscaya kau akan menjadi pemimpinnya.

Kerana hamba yang paling agung kedudukan dan kehormatannya di mata makhluk adalah ketika ia tidak mengharapkan mereka dengan apa jua alasan sekalipun. Jika engkau berbuat baik kepada mereka, padahal kau tidak mengharapkan mereka, maka engkau menjadi sangat agung buat mereka.

Dan jika engkau memerlukan mereka - meskipun seteguk air minuman - maka berkuranglah hargamu di sisi mereka sejauh harapanmu kepada mereka. Kerana itu, ketika ditanya, "Pada apakah terletak keselamatan dari manusia," Hatim al-Asham menjawab, "Hendaklah engkau bersikap dermawan terhadap mereka, tetapi tidak berharap dari mereka."

[Al-Fatawa, 1: 39]

#Tazkirah
#PenaUlama

Post a Comment

0 Comments