Oleh : Anasz
1. Sejak dua menjak ni aku ada terbaca 'complaint' dari masyarakat netizen terutama sekali dari Malaysia yang "mengecam" orang Arab terutama sekali dari Jazirah Arab yang dikatakan telah dipengaruhi oleh dunia barat (Eropah).
2. Mereka ini seakan-akan mahu orang Arab itu tidak bercampur atau terasing dari dunia luar.
3. Peliknya mereka ini tidak melihat kedudukan Jazirah Arab itu sendiri yang terletak berhampiran dengan Eropah.
4. Jika kita melihat kepada peta dunia. Kita dapati kedudukan jazirah Arab itu hampir dengan benua Eropah. Jadi masakan tidak berlaku pengaruh disitu.
5. Itu tak cerita lagi mengenai laluan Suez yang telah menyingkatkan hubungan laut diantara Barat dan Timur, yang mana secara geografinya, Laut Merah menjadi laluan utama perdagangan dunia. Selain hampir keseluruhan pantai Barat Arab boleh menjadi lokasi pelabuhan kapal-kapal dagang.
6. Dan bila terjadinya perdagangan, tidak dapat tidak, berlaku komunikasi dan silang budaya. Yang mana negara atau wilayah yang mempunyai kemajuan ketamadunan pasti akan diikuti.
7. Persis juga suatu ketika dahulu dimana masyarakat Eropah terpengaruh dengan dunia Arab terutama sekali tatkala kegemilangan Tamadun Islam.
8. Oleh kerana itu, usah lihat kekurangan Arab hari ini yang kelihatan seperti terpengaruh dengan budaya barat. Lihat kita sendiri. Yang lebih jauh kedudukannya dengan negara barat. Pun masih mudah dipengaruhi dengan pakaian dan gaya hidup.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.