Abu Hurairah R.A berkata: "Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam wafat, Abu Bakar As Saddiq R.A terpilih sebagai khalifah dan beberapa orang murtad (menolak sebahagian kewajipan dalam Islam). Maka Umar R.A berkata kepada Abu Bakar R.A : 'Bagaimana atau dengan alasan apakah engkau akan memerangi orang-orang itu, padahal Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda : 'Aku diperintahkan agar kalian memerangi orang-orang itu, sehingga mereka mengakui La Illaha Illallah, maka siapa yang telah mengakuinya (mengucapkannya) bererti dia terpelihara daripadaku harta dan jiwanya, kecuali menurut hak Islam, dan perhitungan mereka terserah kepada ALLAH SWT.' Abu Bakar R.A menjawab : 'Demi ALLAH, aku akan memerangi orang yang membezakan antara kewajipan solat dengan kewajipan zakat, sebab zakat itu kewajipan harta kekayaan, demi ALLAH jika mereka menolak kewajipan zakat meskipun seukuran anak kambing, yang biasa mereka serahkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pasti aku akan perangi mereka kerana menolak zakat itu.' Kemudian Umar R.A berkata : 'Demi ALLAH, sungguh ALLAH SWT telah membuka hati Abu Bakar R.A sehingga aku sedar bahawa itulah yang benar. (HR Bukhari & Muslim) Abu Hurairah R.A berkata : "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 'Aku diperintah memerangi orang-orang sehingga mereka mengakui La Illaha Illallah, maka siapa yang telah mengucap La Ilaha Illallah, maka siapa yang telah mengucapkan La Illaha Illallah, maka telah terpelihara jiwa dan hartanya dariku kecuali menurut kewajipannya dalam Islam, dan perhitungannya terserah kepada ALLAH Ta'ala." (HR Bukhari & Muslim) Ibnu Umar R.A berkata : "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 'Aku diperintah memerangi orang-orang sehingga mengucapkan kalimat Syahadah bahawa tiada tuhan kecuali ALLAH dan Nabi Muhammad utusan ALLAH, dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka apabila mereka telah mengerjakan semua itu bererti telah terpelihara darah dan harta mereka dariku kecuali dengan hak dalam Islam dan perhitungan mereka kepada Allah SWT." (HR Bukhari & Muslim) Disalin dari : Sahih Al-Lu'lu Wal Marjan Karya Muhammad Fuad Abdul Baqi'
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.