SOLAT LIMA WAKTU MERUPAKAN SALAH SATU RUKUN ISLAM


Solat Lima Waktu Merupakan Salah Satu Rukun Islam.

Talhah bin Ubaidillah R.A berkata : "Ada seorang dari Najd datang kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam keadaan terurai rambutnya, lalu dia mendekati Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai dapat didengar dengung suaranya tetapi tidak dapat difahami apa yang ditanyakannya, tiba-tiba dia bertanya tentang Islam. Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 'Lima kali solat dalam sehari semalam.' Dia bertanya lagi : 'Apakah ada kewajipanku selain itu?' Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab : 'Tidak, kecuali jika engkau mahu solat sunat'. Lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 'Dan puasa pada bulan Ramadan'. Orang itu bertanya lagi : 'Apakah ada lagi puasa wajib atasku selain itu?' Jawab Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : 'Tidak, kecuali jika engkau mahu berpuasa sunat.' Kemudian Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menerangkan kewajipan zakat. Maka dia bertanya : 'Apakah ada kewajipan selain itu?' Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : 'Tidak, kecuali jika engkau mahu bersedekah sunat.' Orang itu pun pergi sambil berkata : 'Demi ALLAH aku tidak akan melebihkan atau mengurangi dari itu.' Kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 'Sungguh bahagia dia jika (yang dikatakan itu) benar-benar (dilakukan)."

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Disalin dari : Sahih Al-Lu'lu Wal Marjan Karya Muhammad Fuad Abdul Baqi'

Post a Comment

0 Comments