5 MASJID TERCANTIK DI DUNIA.


Dibesarkan dengan persekitaran yang terdedah dengan reka bentuk Islam di Baku, Azerbijan, Leyla Uluhanlis, pereka bentuk dalaman terkemuka dunia begitu menghargai kecantikan dan keunikkan seni bina masjid yang terdapat di seluruh dunia.

Disebabkan minat yang mendalam dalam usia yang muda, telah memberikan insiprasi kepadanya untuk menghasilkan sebuah buku yang yang berjudul Mosque : Splendors of Islam yang mana buku berkenaan menampilkan 53 masjid yang mempunyai stuktur yang cantik dan indah hasil penerokaan beliau ke seluruh dunia dari Masjid Agong Cordova di Sepanyol sehinggalah Masjid Sancaklar di Turki yang menampilkan rekaan minimalist.

Dan berikut merupakan 5 Masjid tercantik yang menjadi pilihan kami berdasarkan buku tulisan Leyla Uluhanlis dan juga  laman web Culture Trip.

5. Masjid Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.


Mula dibina pada tahun 2007 dan dinamakan dengan bekas pengasas Abu Dhabi, Masjid Syeikh  Zayed bin Sultan Al Nahyan merupakan masjid ke 8 yang terbesar di dunia dengan keluasan menampung 40 ribu jemaah pada satu-satu masa. Direka oleh arkitek yang berasal dari Syria, Yusef Abdelki, masjid ini juga turut mendapat sentuhan dari firma yang Halcrow Group dan firma reka bentuk dalaman Spatium yang menginspirasikan kitaran bulan yang membentuk asas kalender Islam. 

Lebih 3,000 pekerja dan 38 syarikat kontrak mengambil bahagian dalam pembinaan masjid Sheikh Zayed, yang mengambil masa lebih sepuluh tahun untuk dibina.

Selain itu lantai masjid ini juga merupakan lantai yang dihiasi dengan hamparan atau karpet terbesar di dunia. Untuk memenuhi ruang solat utama di dalam masjid ini, sebanyak 38 tan kapas dan bulu digunakan, melibatkan 1,200 penenun dari Wilayah Khorasan Iran, selain memakan masa hampir lebih setahun setengah untuk disiapkan dibawah arahan pereka bentuk permaidani terkemuka Iran, Ali Khaliqi.

Berada di dalam masjid berkenaan seakan-akan anda berada di dalam sebuah istana yang indah dengan hamparan permaidani yang lembut sekaligus melayakkan masjid Syeikh Zayed menjadi pilihan antara masjid tercantik di dunia.

4. Masjid Ubudiah Di Kuala Kangsar Perak.


Terletak di Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak. Masjid Ubudiah tersenarai sebagai salah sebuah masjid tercantik di dunia oleh laman web Culture Trip.com. 

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti daripada keindahan seni bina Islam. Lebih tepat lagi, reka bentuk masjid berkenaan dipengaruhi seni bina 'saracenic' atau Islam-India.

Ia direka bentuk oleh AB Hubback, seorang arkitek kerajaan pada masa itu, manakala kerja pelaksanaan dipertanggungjawabkan kepada Caufield iaitu ketua jurutera negeri Perak.

Masjid ini berbentuk oktagon atau segi lapan dan mempunyai empat buah menara serta dikelilingi kubah di bahagian dalam apabila setiap satu garis pusatnya berukuran 18.2 meter panjang. bahagian dinding dan lantai masjid diperbuat daripada batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali. Reka bentuknya sangat unik dan kemas walaupun ketika pembinaannya negara masih kekurangan tenaga mahir.

3. Masjid Akhmad Kadyrov, Grozny, Republik Chechen, Russia.


Siap pada tahun 2008, masjid Akhmad Kadyrov yang terletak di ibu negara Republik Chechen terletak di tebing sungai Sunzha. Masjid ini juga merupakan sebahagian instrumen dari kompleks Islam yang di dalamnya turut mempunyai Universiti Islam Russian, Pejabat Pentadbiran dan Pengurusan Islam Republik Chechnya selain kemudahan-kemudahan lain yang penting buat umat Islam.

Mengambil seni bina berasaskan Masjid Biru di Istanbul, bahagian luar masjid ini dihiasi menggunakan batu marmar yang diimport dari Pulau Adasi yang terletak di Laut Marmara berdekatan dengan Balikesir, Turki. Kubah masjid dicat dengan warna Kelabu persis kubah Masjidil Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis, Ibu Negara Palestin. 

Rekaan dalamannya dihiasi dengan warna keemasan selain ayat-ayat suci Al-Quran. Selain itu, masjid ini turut menampilkan corak hiasan masjid Cordova yang terdapat di Sepanyol. Minbar di masjid Akhmad Kadrov ini juga persis Minbar yang terdapat di Masjid Nabawi yang terletak di Madinah Al-Munawarah, Arab Saudi.

2. Masjid Nabi, Madinah Al-Munawarah, Arab Saudi.


Mengikut sejarah, Masjid Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W, Khalifah Islam pertama, Abu Bakar R.A dan Khalifah Islam kedua, Umar Al-Khattab R.A. 

Keluasan awal masjid Nabawi adalah sekitar 35 meter panjang dan 30 meter lebar. Dindingnya pula dibuat dari batu bata dan tanah liat. Manakala lantainya tidak disimen sebaliknya dibiarkan berpasir.

Masjid Nabi yang ada pada hari ini adalah hasil renovasi terus menerus oleh kerajaan Arab Saudi moden yang menyaksikan pada tahun 1985, Almarhum Raja Fahd melaksanakan projek peluasan Masjid Nabawi secara besar-besaran sekaligus menjadikan keluasan masjid Nabi mencapai 1.7 juta kaki persegi. Pada tahun 2012, Almarhum Raja Abdullah mengumumkan projek peluasan Masjid.

1. Masjidil Haram Di Makkah, Arab Saudi



Terletak di bandar Makkah, Masjidil Haram merupakan tempat yang paling suci di dunia. Bukan itu sahaja, kompleks majidil Haram merupakan Masjdi Terbesar di dunia dengan keluasan 400,800 meter persegi yang boleh menampung hingga 4 juta jemaah di musim Haji.

Di dalam kompleks Majidil Haram ini juga terdapat Ka’bah yang menjadi Kiblah bagi umat Islam di seluruh dunia. Sepertimana juga sejarah pembesaran masjid Nabawi, Masjidil Haram juga mengalami beberapa kali pembesaran. Dan yang terkini proses pembesaran terus berlaku apabila Raja Salman melancarkan projek 5 projek mega yang dimasukkan dalam pelan pembesaran Raja Abdullah, dengan projek dijalankan oleh Saudi Bin Laden Group. Dan berdasarkan laporan media, kos pembinaan Masjidil Haram kini menelan belanja hampir 100 bilion dollar Amerika. - PenaMinang.com