TIDAK PERNAH PERGI KE WUHAN TETAPI KENA CORONAVIRUS!


TOKYO : Seorang pemandu bas warganegara Jepun disyaki mempunyai simpton Coronavirus walaupun tidak pernah melancong ke wilayah yang dijangkiti di Wuhan, China.

Memetik laporan dari Kyodo News, Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato berkata, pemandu bas pelancongan yang berusia 60 tahun dan berasal dari bandar Nara itu disyaki mendapat virus berkenaan selepas membawa pelancong China dari Wuhan awal bulan tahun ini.


Seorang lagi suspek Coronavirus, yang berusia 40-an, juga telah dilaporkan mengalami radang paru-paru tatkala melawat ke Jepun. Dan mangsa ini merupakan individu yang melakukan perjalanan ke Jepun dari Wuhan.

Kementerian Kesihatan Jepun turut memaklumkan bahawa pihak kementerian kini sedang melakukan pemeriksaan  terhadap mana-mana individu yang mempunyai hubungan dengan kedua-dua pesakit baru ini. Buat masa ini, 3 rekod Coronavirus dikesan di Jepun. - KYN / PM