SYIAH SEMAKIN BERKEMBANG DI ERA "MALAYSIA BAHARU"


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan gerakan ajaran Syiah di negeri ini dilihat semakin meluas dan membimbangkan.

Pengerusinya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, ia berikutan pihaknya mengesan wujud pertambahan pusat kegiatan bagi pengikut ajaran Syiah di sekitar Selangor.

“Dari semasa ke semasa, ajaran Syiah dilihat semakin kuat dan makin bercambah.

“Sekiranya dulu mungkin kita kesan hanya dua atau tiga pusat kegiatan (ajaran Syiah) saja di Selangor, tetapi sekarang ini, ia bertambah mungkin ada 14 ke 15 (pusat) di beberapa tempat seperti Puchong, Gombak dan Klang," katanya selepas menyampaikan Sijil Peguam Syarie kepada 47 peguam di Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya percaya pertambahan bilangan kumpulan dan pengikut Syiah ekoran wujudnya bantuan daripada pihak tertentu untuk mengembangkan kegiatan dan aktiviti sambutan bagi ajaran itu pada hari tertentu.

“... dan penyebaran ajaran Syiah dalam media sosial juga menjadi satu cabaran kepada kita untuk mengekangnya dan yang turut menjadi kesukaran bagi kita adalah sebab pengikut ajaran ini sukar dikesan kerana mereka ini tidak akan mengaku mereka (mengamalkan) ajaran Syiah selain amalan mereka juga tidak banyak berbeza daripada kita yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Justeru katanya, MAIS dan agensi berkaitan di negeri ini akan terus mempergiatkan usaha memantau gerakan ajaran Syiah selain pada masa sama, memberi penerangan mengenai bahaya ajaran itu kepada orang ramai terutama di sekolah dan masjid di seluruh Selangor. - HM

Komen kami : Syiah semakin berkembang apabila kerajaan terdahulu dijatuhkan. Dan hari ini adalah hasilnya. Syiah semakin berani kerana ada Menteri yang backup mereka. Malah menteri ini diletakkan dalam jawatan Menteri Kanan. Ini diburukkan lagi dengan dasar luar Malaysia yang lebih cenderung kepada Iran berbanding negara Sunnah yang lain. Tapi nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, sebab ada kumpulan dari Yang Terbodoh kata pemerintah sebelum ni tak AssLAH.