Diriwayatkan dari Abdullah bin Amir, dia berkata : Aku melihat Umar bin Khattab R.A mengambil tanaman dari tanah, lalu dia berkata, "Andai aku menjadi tumbuhan ini, andai aku tidak diciptakan, andai sahaja ibuku tidak melahirkan aku, andai sahaja aku tidak menjadi sesuatu apa pun, andai sahaja aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan."
Diriwayatkan dari Abdullah bin Isa R.A, dia berkata, "Di wajah Umar terdapat dua garis hitam yang membekas kerana beliau terlalu banyak menangis."
Sumber : Shifatush Shafwah (Kisah-Kisah Orang Pilihan), Jilid 1, karya Imam Ibnu Al Jauzi.