CORONAVIRUS : KERAJAAN PH ADA MASALAH PENGURUSAN KOMUNIKASI


Oleh : Anasz*

1. Isu penyebaran wabak penyakit Coronavirus yang melanda dunia ini tidak dapat dinafikan telah memberikan tekanan kepada kerajaan hari ini terutama sekali dalam aspek menenangkan hati rakyat.

2. Berdasarkan pemerhatian, aku mendapati kerajaan PH hari ini kelihatan terlalu lemah dalam aspek pengurusan komunikasi sehingga menyebabkan ramai rakyat kelihatan hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini.


3. Diantara faktor yang menyebabkan rakyat gusar dan risau adalah berpunca daripada tindakan beberapa menteri atau ahli parlimen kerajaan yang kelihatan tidak sensitif atau tidak mahir berbahasa diplomasi dalam menenangkan rakyat. Sebaliknya mereka ini pula menjad 'duta' dalam membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini.

4. Mengambil contoh kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Walaupun beliau cuba membandingkan tahap kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan Malaysia dengan Singapura (yang ternyata memberikan fakta yang silap), sebagai kaedah untuk 'menyakinkan' rakyat dengan kemampuan kerajaan menangani gejala wabak Coronavirus ini, ternyata beliau tidak menyelesaikan isu ataupun meredakan kebimbangan hati rakyat. Sebaliknya dia mengambil jalan menambahkan kebencian rakyat kepada pentadbiran kerajaan hari ini.


5. Ditambah pula dengan sikap sombong dan tidak pernah mengaku salah selain gemar 'bertekak' dengan mantan PM, membuatkan beliau kelihatan bodoh ditambah lagi apabila percubaan beliau untuk 'troll' pihak lawan dipandang dingin malah mendapat makian dikalangan pihak netizen.

6. Faktor yang lain pula adalah ramai dikalangan Menteri diluar portfolio kesihatan yang memberikan pandangan mengenai perkara berkenaan. Mengambil contoh kenyataan Menteri Pelancongan yang menyatakan bahawa isu penyebaran wabak Coronavirus yang besar, ianya adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab. Sedangkan pemerintah China sendiri menyatakan bahawa isu berkenaan merupakan isu yang besar. Malah badan kesihatan sedunia, WHO, menganggap Coronavirus ini adalah pendemik yang amat membimbangkan.


7. Untuk itu kami berharap pihak kerajaan PH dapat menyusun strategi komunikasi agar penyampaian maklumat lebih berkesan. Antara cadangan kami disini ialah :

a) Melarang mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri dan juga ahli parlimen kerajaan (Yang berada diluar portfolio bidang tugas) dari mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu coronavirus ini.

 b) Menyelaraskan kenyataan bersepadu yang hanya seorang sahaja Menteri atau Timbalan Menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian yang boleh mengeluarkan kenyataan semasa berhubung isu Coronavirus.

 c) Memberikan kursus komunikasi kepada semua Menteri dan Ahli Parlimen PH terutama sekali dalam pengurusan komunikasi bencana dan kecemasan.

 8. Kami mengharapkan agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang drastik dalam menstuktur semula pengurusan komunikasi agar tidak bercelaru dan tidak membantu menyelesaikan isu.

*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Strategi & Keselamatan dari UKM