FILIPINA BERHENTI KELUARKAN VISA UNTUK RAKYAT CHINA


Kerajaan Filipina hari ini mengambil tindakan drastik dengan menghentikan 'visa on arrival' kepada kesemua warganegara China yang mahu melawat negara berkenaan.

Memetik laporan dari Channel News Asia, tindakan berkenaan diambil bagi menghalang penyebaran virus Coronavirus yang berasal dari Wuhan, China.

"Kami mengambil langkah proaktif ini untuk menghalang kemasukan 2019-nCov ke negara ini," kata Jaime Morente, kata Pesuruhjaya Biro Imigresen dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Sehingga kini, virus Coronavirus dilaporkan telah menyebabkan kematian lebih dari 100 orang buat masa ini. - CNA/PM