PEMEGANG PASSPORT ISRAEL TIDAK BOLEH MASUK KE ARAB SAUDI

Putera Faisal bin Farhan
Arab Saudi tetap tidak menerima kemasukan pelancong atau pelawat yang memegang passport Israel ke negara berkenaan.

Memetik laporan dari Al-Arabiya, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan menegaskan bahawa, sehingga hari ini, negaranya tetap mengambil langkah untuk tidak mengiktiraf passport yang dikeluarkan oleh Israel.

"Dasar kami adalah muktamad. Kami tidak mempunyai hubungan dengan negara Israel dan pemegang pasport Israel tidak boleh melawat Arab Saudi pada masa sekarang, " ujarnya kepada media Amerika Syarikat.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan sejurus pihak kementerian luar Israel baru-baru ini membenarkan warganegaranya melawat Arab Saudi dengan kebenaran yang khusus.

- Al Arabiya