Diriwayatkan dari Salman bin Rabi'ah bahawa dia berhaji bersama sekelompok ahli qira'ah warga Basrah, lalu dia berkata, "Demi ALLAH kami tidak akan kembali hingga kami berjumpa dengan dengan seorang lelaki sahabat Muhammad ï·º yang berkenaan menceritakan hadis kepada kami." Kami terus meminta hingga diceritakan kepada kami, bahawa Abdullah bin Amr tinggal di dataran rendah Makkah, maka kami pun pergi menuju kepadanya, tiba-tiba kami bertembung dengan angkutan besar yang diangkut oleh 300 binatang tunggangan, iaitu 100 unta tunggangan manakala 200 unta pengangkut, lalu kami bertanya, "Milik siapa angkutan (kenderaan) ini semua?" Mereka berkata "Milik siapakah angkutan ini?" Mereka berkata, "Milik Abdullah bin Amr." Kami berkata, "Semua ini miliknya? Padahal diceritakan kepada kami bahawa dia seorang yang sangat merendah diri."
Mereka (pekerja yang mengendalikan unta-unta Abdullah bin Amr) berkata kepada kami, "Adapun yang 100 unta tunggangan ini adalah milik saudara-saudaranya, dia mengangkut mereka di atasnya, sedangkan yang 200 ini adalah untuk mereka yang singgah kepadanya dari penduduk kota-kota dan para tamu." Maka kami pun hairan akan hal itu. Lalu mereka berkata, "Janganlah kalian hairan akan hal ini, kerana Abdullah adalah seorang yang kaya, dan dia memandang adalah hak atasnya untuk memperbanyakkan bekal bagi orang-orang yang singgah kepadanya." Maka kami berkata, "Tunjukkanlah kami kepadanya." Lalu mereka berkata, "Sesungguhnya dia di Masjdil Haram." Lalu kami pun pergi mencarinya, hingga kami mendapatinya (Abdullah bin Amr) di belakang Ka'bah sedang duduk di antara dua kain dan serban tanpa gamis, sementara dua sandalnya digantungkan di sebelah kirinya.
Sumber : Shifatush Shafwah (Kisah-Kisah Orang Pilihan), Jilid 1, karya Imam Ibnu Al Jauzi.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.