POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

MATINYA SEORANG YANG CELAKA : QASSEM SOLEIMANI

Oleh : Anasz*

1. Ramai yang memberikan pandangan dan komentar berkenaan kematian figura utama Tentera Revolusi Iran Syiah, Qassem Soleimani. Dan kebanyakkan daripada mereka ini nampaknya sedikit jahil dalam mengenali apakah latar belakang organisasi yang diketuainya ini.

2. Iran Revolutionary Guard Corps (IRGC) atau Pengawal Revolusi Iran ini merupakan sebuah pasukan tentera yang ditubuhkan pasca Revolusi Syiah Iran pada 1979.

3. Misi utama pasukan IRGC ini ialah menjadi benteng kepada kelansungan sistem politik kuku besi yang dibangunkan oleh Ayatussyaitan Khomeini.

4. Mengapa Khomeini memerlukan IRGC? Jawapannya, kerana Khomeini tidak mempercayai sistem ketenteraan tunggal yang mana hanya Tentera sahaja berkuasa dalam mengawal keselamatan dan kedaulatan negara.

5. Dan Khomeini melihat kepada sejarah yang berlaku di sekelilingnya, banyak pemerintah negara yang tumbang akibat kudeta dari pihak tentera. Oleh itu, Khomeini merasakan, jika Jeneral Tentera Iran dibiarkan tanpa ada kuasa yang menyeimbangkannya, maka impian Khomeini untuk menyebarkan Syiah Imam 12 ke seluruh dunia boleh terbantut. Kerana kemungkinan boleh berlaku kudeta dikalangan panglima tentera yang tidak sebulu dengan pandangganya. Maka dengan kehadiran IRGC, secara tidak langsung ianya dapat memanjangkan 'Tempoh Hayat' revolusi Syiah Iran.

6. IRGC merupakan sebuah organisasi yang diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Kanada, Bahrain, Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

7. Peranan IRGC ini pula tidak terhad kepada soal menjaga keseninambungan politik kuku besi regim Khomeini, tetapi juga menjadi pengeksport revolusi Syiah Iran ke negara-negara lain.

8. YAMAN : IRGC terlibat secara aktif dalam membantu Syiah Houthi di Yaman. Malah IRGC juga memberikan bantuan teknikal seperti latihan ketenteraan, taktikal dan lain-lain kepada kumpulan pemisah Syiah Houthi, yang menyebabkan jutaan rakyat Yaman hidup dalam pelarian. Segala taktik perang dan sabotaj yang digunakan oleh Syiah Houthi adalah berdasarkan dari tektikal IRGC.

9. SYRIA : IRGC juga berperanan aktif dalam membunuh rakyat Syria yang bangkit menentang Bashar Al-Assad. Melalui kerjasama diantara IRGC dan tentera regim Bashar Al-Assad. Ribuan rakyat Syria yang berfahaman Sunni dibunuh. Manakala jutaan lain terpaksa melarikan diri ke negara-negara sunnah yang lain.

10. IRAQ : IRGC bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam usaha menjatuhkan Saddam Hussain. Dan pada hari ini IRGC meneruskan cengkaman mereka dalam isu dalaman Iraq dengan cara melatih dan memberi bantuan kewangan dan persenjataan kepada  kumpulan ekstrimis Syiah Iraq, agar segala kebangkitan semula kelompok sunni dapat di benteras.

11. LUBNAN : IRGC terlibat secara lansung dalam memberikan bantuan dan dokongan kepada pergerakkan Hezbollah (Hezzbusyaitan), sebuah organisasi Syiah yang gemar mewujudkan fitnah dikalangan rakyat Lubnan. Dalam setiap kali serangan Hezbollah "berlakon menyerang Israel" maka Israel akan membunuh ratusan orang Sunni Palestin.

12. BAHRAIN : IRGC terlibat secara aktif dalam menubuhkan beberapa organisasi pengganas di Bahrain. Selain itu juga IRGC turut terlibat dalam mewujudkan ketidakstabilan di negara pulau berkenaan.

13. Pada 2011, pihak IRGC merancang untuk membunuh diplomat Arab Saudi di Amerika Syarikat. Namun plot berkenaan gagal ekoran maklumat awal berjaya dipintas oleh pihak perisikan Amerika Syarikat.

14. IRGC juga berperanan dalam melindungi dan menjalinkan kerjasama dengan kumpulan Al-Qaeda di Iran bagi merancang plot serangan ke atas negara-negara Islam yang lain.

15. Jika dilihat dari perilaku Qasem Soleimani ini, ianya sama sahaja seperti Osama Bin Laden. Kedua-duanya adalah penaja kepada aktiviti pengganas dan ekstrimis. Kedua-dua bekerjasama dalam mewujudkan suasana tidak aman / Fitnah di setiap negara Islam. Namun yang membezakan kedua-duanya pula ialah, Osama bin Laden dalam kelompok non-state actor, manakala Qasem Soleimani pula ada state actor.

16. Maka aku ingin bertanya kepada mereka-mereka yang bersedih dan 'concern' dengan kematian kepala pengganas Qassem Soleimani ini, apakah kalian sudah lupa dengan jutaan darah umat Islam yang melayang hasil tangan Qasem ini?

17. Hakikat sebenar, kematian Qassem adalah rahmat buat semua umat Islam terutama sekali yang mahu berfikir. 

Bacaan lain : 

https://www.middleeastmonitor.com/20191003-iran-admits-supporting-houthis-in-yemen-for-the-first-time/

http://www.xinhuanet.com/english/2019-04/09/c_137960889.htm

https://www.csis.org/war-by-proxy

https://www.foreignaffairs.com/articles/syria/2019-08-16/syria-changed-iranian-way-war

http://www.understandingwar.org/report/iranian-strategy-syria

https://www.counterextremism.com/threat/islamic-revolutionary-guard-corps-irgc

https://www.thebaghdadpost.com/en/Story/8454/How-Iran-supports-Houthis-in-Yemen-s-war

https://shiitenews.org/shiitenews/iran/item/103201-iran-released-photo-of-ayatollah-khamenei-hassan-nasrallah-and-general-suleimani/

https://www.mei.edu/publications/bahrain-says-arrested-116-members-irgc-established-terror-cell

*Penulis merupakan graduan Sarjana dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan dari UKM

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.