Oleh : Anasz*
1. Ramai dikalangan kita yang cukup benci dengan Donald Trump ekoran dasar luarnya yang pro-Israel, anti Imigran selain dikatakan anti Islam. Aku rasa tak perlulah aku panjangkan lagi wacana sedemikian, sebab pastinya sudah banyak buku, laman web serta blog yang membicarakan perihal berkenaan.
2. Untuk kali ini aku nak bawakan sisi lain, yang barangkali kita terlepas pandang yang ada pada Trump yang jarang sekali dilihat dan dinilai. Maka dari sini, korang akan dapat menilai, mengapa Trump dilihat pemimpin "favourite" Amerika dikalangan pemerintah Timur Tengah.
3. Walaupun Trump dilihat sebagai seorang yang amat pro-Israel dengan mengeluarkan arahan eksekutif pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Jerusalem, sekaligus mengakui kedaulatan Israel ke atas Baitulmaqdis, tetapi bagaimana pula dengan Obama yang terus mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat yang berdiri di atas tanah rakyat Palestin? Malah kita mengetahui bahawa, Obama juga terus menganggap Israel sebagai rakan rapat Amerika Syarikat. Jadi amatlah pelik tatkala kita marah dengan Trump gara-gara isu kedutaan Amerika Syrikat berpindah ke Baitulmaqdis, namun dalam masa yang sama berbangga dengan Obama yang terus menerus mengiktiraf Israel.
4. Pentadbiran U.S tatkala era pentadbiran Obama menggunakan pendekatan Liberalisme dalam membentuk dasar luar Amerika Syarikat, yang menyebabkan Obama banyak memberikan dana kepada kumpulan-kumpulan pembangkang di negara-negara tertentu atas jenama gerakan demokrasi dan liberalisme manakala Trump pula lebih kepada Realist. Dimana Trump menghadkan pergerakkan promosi demokrasi selain tidak suka masuk campur dalam hal-hal urusan negara asing (yang tidak membawa kepentingan kepada negaranya). Yang mana ciri tidak masuk campur urusan negara lain ini amat disenangi oleh mana-mana pemerintah di dunia ini.
5. Trump digemari oleh pemimpin Arab ekoran sikap antinya dengan Iran. Negara Arab menghadapi ancaman keselamatan yang serius oleh Iran ekoran sikap pentadbiran sebelum ini (Obama) yang lebih gemar bermain wayang tatkala berhadapan dengan isu Iran. Obama cuba menggunakan jalan diplomasi dan tawar menawar terutama sekali dalam isu pembanggunan nuklear Iran, yang mana ianya ditentang oleh negara-negara Arab, yang melihat kelompangan dalam perjanjian berkenaan. Maka sejurus Trump mengambil alih jawatan Presiden Amerika, Trump telah membuat keputusan bahawa Amerika Syarikat menarik diri dalam perjanjian P5+1. (Rujuk : https://m.jpost.com/Middle-East/Iran-News/WATCH-LIVE-US-President-Trump-announces-decision-on-Iran-deal-554775/amp)
6. Tindakan Trump yang membawa keluar Amerika dari perjanjian berkenaan disambut baik oleh pentadbiran negara Arab terutama sekali yang mempunyai hubungan dingin dengan Iran. Ekoran dasar luar Iran yang dilihat sebagai ancaman kepada kestabilan di rantau berkenaan. (Rujuk : https://www.reuters.com/article/us-iran-nuclear-gulf/saudi-arabia-says-backs-u-s-decision-to-withdraw-from-iran-nuclear-deal-idUSKBN1I92SH)
5. Ini berdasarkan kenyataan Trump ketika mengumumkan lawatan pertamanya keluar negara sejak memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, yang menyatakan bahawa fokus utama Amerika Syarikat pada hari ini bukan lagi bertujuan mengajar bagaimana cara untuk hidup, sekaligus Trump menyelisihi jalan yang diikuti oleh bekas Presiden Obama, yang gemar masuk campur urusan dalaman negara lain atas nama demokrasi. (Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=qHEPxt6Wl3A)
6. Perlu diingatkan bahawa, era Obama memerintah, berlaku campurtangan yang ketara dalam hal ehwal dalaman negara-negara asing terutama sekali di Timur Tengah atas nama hak asasi manusia dan demokrasi. Malah, Arab Spring yang berlaku di rantau berkenaan juga adalah hasil dari dasar luar Obama yang cuba menyemai benih demokrasi liberal Amerika di rantau berkenaan.
7. Antara contoh yang boleh kita lihat adalah apa yang terjadi di Libya. Libya yang suatu ketika dahulu merupakan negara yang kaya dan aman, menjadi negara pariah tatkala Arab Spring melanda. Walaupun Gaddafi sudah mati dibunuh, namun apakah Libya hari ini kembali aman di era pemerintahan Gaddafi?
8. Malah, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hilary Clinton tatkala diwawancara oleh wartawan PBS mengakui beliau terlibat dalam menggerakkan tenaga untuk menjatuhkan Gaddafi. (Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=5l9-wxnCnu4)
9. Dalam satu rakaman lain, Hilary dalam nada melawak, tatkala memberikan respon mengenai isu Gaddafi dengan menyatakan : "We came, we saw, he died" (Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=mlz3-OzcExI)
10. Bayangkan sekiranya Obama tidak mengamalkan dasar luar liberal Amerika Syarikat dengan menaja kumpulan pemberontak di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, mungkin kita tidak akan mengenali dan mengetahui terma Arab Spring. Barangkali juga kita tidak akan mendengar sebarang cerita mengenai pelarian Syria ke negara-negara jiran, malah rakyat sunni Syria tidak akan diseksa dengan lebih kuat oleh pemerintahnya. Dan masalah Daesh tidak akan sekritikal yang terjadi pada hari ini.
11. Lalu bagaimana pula dengan pentadbiran Trump? Setakat hari ini yang kita ketahui, Trump tidak membunuh pemimpin negara lain hatta Bashar Al-Assad sekalipun. Adapun tindakan Amerika Syarikat yang membunuh Qasem Soleimani, maka ianya satu tindakan yang wajib dipuji oleh kita ekoran beliau merupakan ketua organisasi pengganas yang banyak membuat onar di serata dunia dan menyebabkan ramai umat Islam terkesan dengan fitnahnya. Untuk bacaan lanjut sila rujuk artikel yang berikut di link yang diberikan : http://www.penaminang.com/2020/01/matinya-seorang-yang-celaka-qassem.html
12. Mengapa aku katakan tindakan Trump membunuh Qasem sebagai tindakan yang patut diberikan kredit, bagi pendapat aku, jika tindakan membunuh seorang pelaku ini dapat menyelamatkan nyawa jutaan manusia yang lain, maka mengapa kita tidak utamakan nyawa jutaan orang yang lain?
13. Ketika pentadbiran Obama, bekas Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat itu dilihat sebagai seorang yang amat menerima imigran asing. Namun pada hakikat sebenar, Obama turut menghalau warga asing ke negara asal mereka. Malah laporan dari WSJ menyatakan bahawa, rekod pentadbiran Obama dalam urusan menghalau imigran keluar dari U.S adalah jauh lebih tinggi daripada pentadbiran Trump. (Baca : https://www.wsj.com/articles/why-trump-has-deported-fewer-immigrants-than-obama-11564824601)
14. Jika ada pihak yang mengkritik Trump tidak membenarkan umat Islam memasuki negaranya. Maka kita seharusnya berfikir dan bertanya kembali kepada umat Islam. Apa keperluan kalian untuk memasuki negara berkenaan? Sudah tidak ada negara Islam lainkah untuk kalian menuntut ilmu, mencari rezeki dan meminta perlindungan? Trump mempunyai hak menghalang umat Islam untuk memasuki negaranya, kerana dia merupakan pemerintah negara berkenaan. Dan umum mengetahui bahawa negara U.S bukanlah sebuah negara Islam.
15. Berbanding dengan Obama yang kelihatan begitu Pro LGBTQ, dimana tatkala era pentadbiran beliau, kelompok ini diberikan perhatian khusus olehnya, era pentadbiran Trump pula sedikit berbeza. Walaupun tidak menyatakan bahawa dirinya seorang yang anti LGBTQ, namun sepanjang Trump memerintah hingga hari ini, dia dilihat sebagai seorang yang seorang yang tidak begitu pro-LGBT. Malah ramai dikalangan pemimpin Ekstrimis Seksual Songsang LGBTQ ini menyatakan kembimbangan mereka terhadap pemerintahan Trump. (Baca : https://www.theguardian.com/world/2019/sep/03/trump-attack-lgbt-rights-supreme-court & https://transequality.org/the-discrimination-administration)
16. Kesimpulan, sekali lagi aku nak tegaskan dalam penulisan aku ini, aku bukannya penyokong Trump. Trump sama sahaja dengan presiden U.S yang lain. Mereka amat Pro-Israel, namun dalam hal tertentu, bila terjadi dua kemudaratan, maka kita melihat kemudaratan yang lebih ringan. Maka dalam hal ini, aku merasakan Trump adalah kemudaratan yang lebih ringan berbanding Obama.
*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang analisis strategi dan keselamatan dari UKM.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.