POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

AQIDAH SYIAH DIAMBIL DARI OTAK DAN NAFSU IMAM MEREKA - SYEIKH ABDURRAHMAN

Syeikh Abdurrahman Bin Ibrahim Al - Rubai'in
Putrajaya, 5 Januari - Umat Islam di Malaysia perlu bersatu padu dalam mendepani ancaman aqidah yang melanda dunia Islam.

Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Syeikh Abdurrahman Bin Ibrahim Al - Rubai'in menyatakan antara cabaran yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini ialah perpecahan yang dibawa oleh ajaran Syiah. 

"Perbezaan antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan melibatkan soal Fiqiyyah semata - mata tetapi juga di antara haq dengan yang batil"

Katanya lagi, ulama terdahulu telah melakukan usaha Taqrib (mendekati) kelompok ini. Namun begitu ianya satu usaha yang sia - sia ekoran ekoran tidak wujud sebarang titik pertemuan di antara Sunnah dan Syiah. 

Beliau menambah penyatuan Syiah dengan Sunnah tidak akan tercapai ekoran sikap Syiah itu sendiri yang tidak mengiktiraf Al Quran yang berada di sisi ahli Sunnah.

"Aqidah Syiah diambil dari otak dan nafsu imam mereka. Bukan bersandarkan kepada al Quran dan Sunnah"

Beliau turut menyatakan bahawa, kemasukan Syiah di sesebuah negara yang majoritinya ahli sunnah akan memberikan ancaman keselamatan kepada negara berkenaan.

Malah beliau turut memberikan contoh beberapa buah negara ahli sunnah yang menghadapi ancaman keselamatan dan kestabilan politik ekoran kurangnya tindakan dari pihak kerajaan dalam mengekang perkembangan kumpulan ini.

Syeikh Abdurrahman menyatakan hal demikian ketika ditemui dalam majlis perasmian Konvensyen Ilmu Sunnah Peringkat Kebangsaan di salah sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.

Untuk rekod, ajaran Syiah di Malaysia telah difatwakan sesat oleh semua Majlis Agama Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia.

- AT




POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.