BEIJING: Angka korban akibat virus korona baru melonjak kepada lebih 900 di tanah besar China pada Isnin (10 Februari 2020) setelah wilayah Hubei melaporkan lagi 91 kematian.
Dalam kemas kini hariannya, suruhanjaya kesihatan Hubei turut mengesahkan lagi 2,618 kes baru di wilayah yang terletak di bahagian tengah negara itu, di mana wabak tersebut pertama kali dikesan pada Disember lalu.
Ini bermakna kini terdapat lebih 39,800 kes jangkitan yang disahkan di seluruh China, berdasarkan data yang dikeluarkan sebelum ini oleh pemerintah China.
Data terbaru itu diperolehi setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sepanjang empat hari lalu, ia melihat keadaan yang 'beransur stabil' di Hubei, tetapi memberi amaran bilangan kes mungkin akan terus 'melonjak'. - PenaMinang.com