POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

KUWAIT DAN QATAR MINTA RAKYAT NEGARA BERKENAAN TANGGUHKAN PERJALANAN KE SINGAPURA


KUALA LUMPUR : Kerajaan Kuwait dan Qatar meminta rakyat bagi kedua-dua buah negara berkenaan agar menangguhkan rancangan perjalanan ke Singapura dan menggesa mereka yang berada di Singapura supaya "segera pulang ke tanah air" ekoran penularan Coronavirus menurut laporan agensi media rasmi negara berkenaan.

Akhbar Kuwait Times melaporkan Kedutaan Kuwait di Singapura membuat pengumuman tersebut pada 7 Februari setelah Singapura menaikkan tahap Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) dari Kuning ke Jingga.


Menurut Agensi Berita Kuwait, kedutaan itu menggesa rakyat Kuwait di Singapura supaya "segera pulang ke tanah air mereka dan mengelak daripada terus berada di sini kecuali atas sebab-sebab yang munasabah".

Kedutaan Kuwait juga menggesa rakyatnya yang merancang untuk melakukan perjalanan ke Singapura supaya "tunggu sehingga keadaan pulih".


Turut mengambil langkah amaran yang serupa adalah Qatar yang meminta rakyatnya yang berada di Singapura agar lebih berhati-hati selain menangguhkan perjalanan ke negara pulau berkenaan.

Rakyat dua negara berkenaan yang berada di Singapura turut dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa Singapura, mematuhi langkah-langkah khas dan mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat yang sesak. - PenaMinang.com


POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.