Sesi dimulakan dengan keterangan saksi pembelaan, Datuk Profesor Syed Umar Al Saggaf, bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi.
Menarik keterangan saksi hari ini berkaitan mesyuarat Januari 2010 antara Raja Abdullah dan DS Najib Razak. Antara agenda mesyuarat 11 Januari tersebut adalah berkaitan kuota haji, sumbangan dana dan pergolakan politik dunia Islam atau Arab Spring.
Menurut saksi, Raja Abdullah telah memulakan Mesyuarat dengan memuji cara pentadbiran Malaysia di bawah DSN yang merangkumi berbilang-bilang bangsa dan agama. Raja Abdullah kagum dengan pemerintahan Malaysia yang sederhana atau moderate sebagai sebuah Negara Islam yang bertamadun.
Malaysia dianggap oleh Raja Abdullah sebagai Negara Islam yang tidak ada kesan dari pergolakan dunia Islam seperti Arab Spring, selatan Filipina, Indonesia dan lain lain dan ini dari sudut pendapat Raja Abdullah ada kaitan dengan keberkesanan pentadbiran kerajaan Malaysia yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri ketika itu.
Raja Abdullah seterusnya mengambil maklum sistem demokrasi Malaysia yang berpandukan Pilihan Raya Umum yang diadakan lima tahun sekali yang akan berlangsung dalam jangka masa dua atau tiga tahun lagi dari tarikh mesyuarat. Menurut saksi lagi, Raja Abdullah juga terus menawarkan pertolongan beliau untuk menentukan kerajaan yang sama mentadbir Malaysia.
DSN menyahut kata-kata Raja Abdullah dan berterima kasih atas tawaran pertolongan Raja Abdullah.
Kuota Haji juga dibincangkan untuk melebihkan kuota lebihan 10,000 untuk Malaysia kerana kata Raja Abdullah, pengurusan jemaah Haji dari Malaysia merupakan yang terbaik dalam dunia juga kerana sikap sopan dan etika jemaah Haji Malaysia. Kuota berlebihan itu telah pun diluluskan sebanyak 10,000 orang, setelah surat permohonan dari Najib di kemukakan kepada Raja Abdullah.
Tambah saksi, di akhir perbincangan rasmi, Raja Abdullah dan DSN bersama-sama Dato Seri Jamil Khir telah menjauhkan diri mereka dari tempat mesyuarat dan berjalan ke tengah dewan mesyuarat dan berbincang sesuatu dengan begitu tekun sekali.
Disinilah akhirnya dimaklumkan bahawa Raja Abdullah memperkenankan untuk memberi sumbangan dalam bentuk dana untuk kegunaan DSN bagi membantunya dalam hal ehwal politik dan piliharaya yang akan datang (PRU13).
Mahacai saja yang masih percaya ayat,
“Arab gila pun tak akan bagi duit sebanyak itu dekat orang.”😂