PENSYARAH INI TERDIAM BILA DIMINTA BENTANG TEORI FIZIK DALAM BAHASA MELAYU OLEH PROFESOR DARI PORTUGAL


Oleh : Dr. Mohd Nazri Abdul Halif*

Saya akui dahulu sewaktu PPSMI dilaksanakan, saya adalah penyokong tegar dasar ini. Namun ianya bertukar kepada tidak sokong dasar ini sewaktu saya dalam pengajian PhD di Nottingham UK.

Sewaktu awal pengajian PhD dalam bidang Theoretical Physics, kumpulan teori selalu mengadakan regular research meeting membincangkan apa sahaja research berkenaan Bose-Einstein Condensates, Ultracold Atoms, Quantum Physics etc..etc..


Dalam sesi diskusi ini, jika ada ahli yang tak faham bab2 tertentu, maka dia akan membentangkan bab tersebut dalam meeting akan datang.

Pelbagai bab dibahasakan seperti Quantization, Particle in the box, Electromagnetism, etc...


Saya diminta utk bentangkan bab Maxwell's Equation. Walaupun bab ini nampak macam silibus undergrads, tetapi dalam meeting ini huraian dalam research sangat penting.

Maxwell's Equation ini secara asasnya menerangkan bab electrical fields and magnetic fields. Ada yg saya gagal menerangkan dengan baik, dan saya bagi alasan *bahasa Inggeris* saya kurang baik dan saya boleh terangkan jika dalam bahasa Melayu (walaupun sebenarnya saya tak boleh juga dalam Bahasa Melayu)


Kemudian ketua meeting theory, dari Portugal minta saya huraikan dalam Bahasa Melayu. Tapi saya terdiam dan gagal berkata-kata. Akhirnya ketua meeting theory tu berkata kepada saya:


"Awak tak juga mampu huraikan dalam bahasa negara awak. Ini menunjukkan bahawa awak TIADA PENGETAHUAN, jika ada, awak sudah pasti mampu huraikannya"


Inilah titik ubah saya terhadap PPSMI. Kerana pengetahuan lebih penting dari bahasa kerana jika ada pengetahuan, kita boleh sahaja terangkannya walaupun bukan dengan bahasa Inggeris.

Dia kata lagi "Maxwell's Equation ini walaupun nampak mudah tetapi utk memahaminya secara baik memerlukan kefahaman yang agak lama"

* Penulis merupakan pensyarah kanan di Institut Matematik Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)