KENAPA KITA SUKAKAN NIKMAT DAN KESENANGAN?

Kenapa manusia suka dengan benda-benda yang nikmat, cantik dan wangi? 

Kenapa manusia sukakan kesenangan? 

Sebab kita asal dari keturunan yang berasal dari tempat yang segala nikmat telah disediakan.

Iaitu Syurga. 

Dan bila kita mati, kita masih mahukan Allah memasukkan kita ke dalam Syurga-Nya (sebuah tempat yang penuh nikmat yang tak pernah dilihat mata, tak pernah didengar oleh telinga dan tak pernah tergerak oleh hati). 

Maka dengan itu marilah kita mentauhidkan Allah. Melakukan segala perintah-Nya semampu kita dan meninggalkan segala larangannya. 

Semoga Allah mengampuni dosa kita dan dosa anda serta memasukkan kita ke dalam Syurga-Nya. Amin. - PenaMinang.com

(Ditulis tatkala membaca bab pengantar penerbit pada kitab Miftah Daris Sa'adah (terjemahan) karya Imam Ibnu Qayyim Al Jauzi)