1. "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. [Surah Al-Baqarah : 271]
2. "Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita." [Surah al-Baqarah : 274]
Dalam ayat ini jelas menunjukkan ALLAH ï·» tak larang pun kau nak sedekahkan secara terbuka atau tertutup. Itu pilihan yang ALLAH ï·» berikan pada kita.
Yang penting yang bagi sedekah tu (kalau beri secara terbuka) kena berhati-hati. Takut riak.
Jadi, pilihan ditangan kita semua.