Jika anda membuat dosa Mula lupa solat yang lima Bila lupa solat yang lima Itu tandanya sesat jiwa Apabila sesat hati dan jiwa Syaitan akan mudah menggoda Bila syaitan menggoda Kita ingkar segala perintah-Nya Jika lupa segala perintah-Nya Itu tandanya menuju derhaka Jika mula menuju derhaka Itu bermakna mengundang murka Apabila kita sudah dimurka Akhirat nanti kekal di neraka Jika kekal di neraka Badan pasti mendapat celaka Jika badan mendapat celaka Jiwa tentunya merasa sengsara Apabila jiwa merasa sengsara Rasa ingin kembali ke dunia Tapi bila kembali ke dunia Mula membuat pelbagai dosa Bila membuat dosa Mula lupa pada suruhan-Nya Kalau lupa segala suruhan-Nya Itu bererti menempa bahaya Kalau mula menempa bahaya Pasti bermakna dekat di bala Bila diri mendekati bala Itu tandanya penuh dosa