Oleh : Jebat*
Gesaan si penipu Syed Saddiq menggesa kerajaan membenarkan mahasiswa untuk pulang ke kampung halaman tatkala COVID-19 melanda negara telah mencetuskan perbincangan hangat diantara kumpulan rakyat dengan mahasiswa. Ada yang menyokong ada yang membantah.
Dan aku sejujurnya membantah gesaan berkenaan atas faktor arahan Nabi S.A.W yang melarang umatnya untuk keluar masuk dari kawasan wabah ke kawasan tidak wabah atau sebaliknya.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ نَاسًا مِنْ عِبَادِهِ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فَلَا تَدْخُلُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَفِرُّوا مِنْهُ
Dan antara sebab lain kenapa aku bantah Siswa/i balik kampung semasa COVID-19
1. Universiti kena sediakan bas. Lepas tu kena sediakan pemandu. Dan tempat duduk dalam bas tak boleh di penuhkan sebab kena ada jarak 1 meter. Jadi setiap 1 seat Seat kerana ada seat Seat yang kosong.
2. Perlu centralised tempat drop point. Setiap negeri satu kawasan. Namun masalah selepas itu pula, parents terpaksa keluar ambil anak di tempat drop points berkenaan sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas dan barangkali akan berlaku kontak COVID-19.
3. Dah la bas tak penuh. Pemandu bas kena buat 2 - 3 kali trip untuk satu-satu negeri.
4. Kena pula waktu perjalanan, ada Student yang nak kencing la, berak la. Jadi terpaksa berhenti Kat R&R untuk ke tandas awam. Yang tak pasti tahap bebas COVID-19nya.
5. Walaupun ada pihak kata kita boleh tentukan tempat mana dorang boleh berhenti kencing dan Student boleh balik ke rumah naik Grab. Ia masih terdedah untuk mendapat COVID-19.
6. Selain itu, ianya akan menambah beban Frontliner yang dah cukup sibuk untuk mengawal pergerakan sepanjang PKP dan kini terpaksa pula atur kepulangan kumpulan pelajar IPT ke setiap negeri di Malaysia.
7. Pergerakan besar-besaran ni lebih menambahkan kos berbanding terus menetapkan agar kesemua pelajar duduk dalam kampus. Dan bagi Non Resident Student, HEP boleh minta mereka hubungi HEP atau MPP untuk koordinasi bantuan makanan.
8. Akhir kalam. Ikutlah pesan Nabi S.A.W. Jangan keluar dan jangan masuk ke tempat yang ada wabak. Apakah kalian mahasiswa/i yang katanya mempunyai akal dan berpendidikan tinggi ini mahu menjadi penyumbang kepada peningkatan kes #COVID19 di Malaysia?
#StayAtYourCampus
*Bekas Mahasiswa dari zaman Pak Lah sampai zaman Najib.
Tambahan :
Apakah mahasiswa sudah terlupa bahawa Syed Saddiq pernah menjanjikan pelbagai harapan palsu kepada kalian? Tak cukup lagi ke korang kena tipu dulu? Dengan PTPTN terus wujud (dan tak ada diskaun), peluang pekerjaan yang katanya akan bertambah tetapi nampaknya semakin mengecil, dan pelbagai lagi 1001 temberang? Apakah dia akan bertanggungjawab sekiranya ada diantara kalian yang terkena jangkitan COVID-19 dan merebak kepada keluarga anda? Fikir-fikirkanlah. Kita sedang berperang. Dan peperangan perlukan kesabaran dan pengorbanan. Jangan sibuk nak jadi pejuang Palestin, kalau nak tahan nafsu supaya kekal di kampus pun masih tak mampu nak dihalangi.