Oleh : Anasz* 1. Jika kita mengikuti perkembangan dunia terutama sekali yang melibatkan pengurusan haji dan umrah, antara isu yang tidak akan dilepaskan oleh pembenci negara tauhid ini adalah pengurusan haji dan umrah oleh kerajaan Arab Saudi. 2. Antara tuduhan-tuduhan yang biasa kita dengar ialah, 'Arab Saudi memperniagakan Haji dan Umrah', atau 'Arab Saudi mengaut keuntungan jutaan kali ganda dalam Haji dan Umrah'. 3. Namun akhirnya, COVID-19 yang berlaku di dunia amnya dan Arab Saudi khasnya, telah menjadi satu bukti bahawa kerajaan Arab Saudi tidak menjadikan Haji dan Umrah sebagai satu barang dagangan bagi mereka. 4. Ini dapat dilihat dengan tindakan kerajaan Arab Saudi yang membatalkan kesemua visa Umrah hatta penduduk dan rakyat negaranya sendiri untuk mengerjakan umrah buat masa ini. 5. Sedangkan, jika ikut logik, jika Umrah merupakan cara Arab Saudi 'buat duit' untuk negaranya, pastinya kerajaan Arab Saudi tidak menghalang kemasukan para jemaah Umrah ke Tanah Haram Makkah dan Madinah. Malah terus membuka akses kemasukan jemaah dari seluruh dunia ke negara berkenaan. 6. Tetapi realiti yang terjadi, Arab Saudi tidak mengambil pendirian membuka pintu bagi menerima jemaah Umrah, sebaliknya menghalang sebarang kemasukan kesemua pelawat dari serata dunia ekoran kebimbangan penularan COVID-19. 7. Malah kemasukan jemaah ke kawasan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah di tutup sepenuhnya. (dengan pengecualian ke atas pegawai-pegawai pengurusan kedua buah masjid dan para petugas pembersihan masjid). 8. Bukan itu sahaja. Malah seluruh Makkah dan Madinah dikenakan perintah 'Lockdown 24 Jam'. 9. Lalu bagaimana Arab Saudi boleh dituduh memperdagangkan urusan Haji dan Umrah? Sedangkan tempat yang didakwa oleh pemfinah Arab Saudi sebagai 'lubuk emas' itu ditutup. Bukankah bila 'lubuk emas' ini ditutup, sekaligus akan memberikan kerugian yang besar kepada Arab Saudi? 10. Lihat pula apa yang terjadi Qom di Iran dan Karbala di Iraq, tempat yang dikatakan suci bagi penganut agama Syiah. 11. Adakah mereka mengambil tindakan pantas menutup kedua kuil yang terdapat di sana? Atau hanya bertindak setelah berlaku kematian yang mendadak disana? 12. Apa yang pasti, COVID-19 ini memberikan banyak pengajaran terutama sekali kepada pemfitnah Arab Saudi, yang gemar melemparkan tuduhan bahawa Arab Saudi mengaut keuntungan yang besar dari proses kemasukan jemaah Haji dan Umrah ke Makkah dan Madinah. Bacaan lain : https://www.nst.com.my/world/world/2020/04/580869/covid-19-makkah-madinah-now-under-24-hour-curfew https://www.nst.com.my/world/world/2020/03/576367/saudi-arabia-suspends-prayers-arenas-outside-makkah-madinah-mosques https://foreignpolicy.com/2019/07/02/mohammed-bin-salman-is-making-muslims-boycott-mecca-hajj-islam-pilgrimage-saudi-arabia/ *Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan dari UKM.