SIFAT ZUHUD UMAR R.A


Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata, "Umar telah berkhutbah di hadapan khalayak. Ketika itu dia mengenakan sarung yang jumlah tampalannya ada di 12 tempat."

Diriwayatkan dari Anas R.A, dia berkata, "Pada bahagian pakaian antara kedua bahu Umar ada tiga buah tampalan."

Diriwayatkan dari Mus'ab bin Sa'ad R.A, dia berkata "Hafsah telah berkata kepada Umar R.A, "Wahai Amirul Mukminin, andai sahaja anda mengenakan pakaian yang lebih halus dibandingkan dengan pakaian anda (sekarang ini) dan juga memakan makanan yang lebih baik daripada makanan yang anda makan (sekarang ini). (Bukankah) ALLAH telah melapangkan rezeki dan memberikan banyak kebaikan!" Umar menjawab , "Sesungguhnya aku akan memusuhimu (kalau terus menganjurkan aku melakukan hal itu). Tidakkah kamu ingat bahawa Rasulullah ï·º sentiasa mengalami hidup yang sangat payah? Begitu juga Abu Bakr?" Umar terus sahaja mengingatkan Hafsah sampai akhirnya puterinya itu menangis. Lalu Umar berkata kepadanya, "Ingatlah, demi ALLAH pasti aku akan menjalani hidupku seperti kehidupan mereka berdua yang sangat sulit! Mungkin sahaja aku boleh mendapatkan kehidupan sejahtera seperti keduanya (di alam berikutnya)." [HR : Ahmad]*

*Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Asy-Syu'ab, 7/367 dan Abu Nu'aim di dalam Hilyah Al Auliya; 488. Dan aku tidak menemukannya di dalam Al Musnad.

Sumber : Shifatush Shafwah (Kisah-Kisah Orang Pilihan), Jilid 1, karya Imam Ibnu Al Jauzi.