3 HARI DILAPORKAN HILANG, SEORANG LELAKI DITEMUI MATI DI PADANG PASIR DALAM KEADAAN BERSUJUD


RIYADH - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 3 hari yang lalu telah ditemui dalam keadaan sedang bersujud di tengah-tengah padang pasir di dalam daerah Riyadh.

Ianya sekaligus mencetuskan respon luar biasa dari kalangan netizen di Arab Saudi yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan buat arwah berkenaan.



Arwah bernama Dhuwaihi Hamoud Al-Ajaleen dilaporkan hilang sejak 3 hari yang lalu di tengah-tengah padang pasir, sekaligus operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh pihak polis Arab Saudi bagi mengesan beliau.

Pihak polis akhirnya berjaya menemui jasad Al-Ajaleen, beberapa meter dari keretanya, lapor media tempatan.

Sumber : Al-Arabiya