MASJIDIL HARAM DITUTUP DARI JEMAAH SEPANJANG HARI ARAFAH & RAYA HAJI


JEDDAH - Masjidil Haram akan ditutup sepanjang hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penyebaran wabak Coronavirus, kata Jeneral Mohammed Bin Wasl Al-Ahmadi, penolong komandan pasukan keselamatan Haji.

"Penangguhan terhadap kebenaran mendirikan solat di Masjidil Haram dan kawasan luarnya akan berterusan dalam satu tempoh yang sesuai. Dan kami menasihatkan penduduk Makkah untuk berbuka puasa pada hari Arafah di dalam kediaman mereka, ” ujar Al-Ahmadi.


Dalam masa yang sama, Jeneral Jeneral Al-Ahmadi turut berkata bahawa, untuk kawalan keselamatan musim Haji pada tahun ini, pasukannya akan mmemberikan tumpuan kepada aspek organisasi, keselamatan, kemanusiaan dan kesihatan.

"Fokus khusus diberikan kepada aspek kesihatan bagi tahun ini kerana suasana (COVID-19) yang luar biasa. Selebihnya tahap akan dilaksanakan dalam beberapa hari mendatang, ”kata Al-Ahmadi.


Dalam masa yang sama, pihaknya telah membuat mekanisme baharu bagi mengawal laluan keluar masuk jemaah ke Masjidil Haram bagi memastikan setiap jemaah Haji mengekalkan jarak sosial mereka.

Dan sebagai langkah berjaga-jaga, pihak keselamatan Arab Saudi turut mengenakan peraturan khusus bagi jemaah Haji untuk tahun ini, dimana hanya mereka yang mendapat kebenaran sahaja dibenarkan melaksanakan Tawaf dan Sa'ie di dalam kawasan Masjidil Haram.

Sumber : Saudi Gazette