MAKKAH - Khutbah Hari Arafat akan disiarkan dalam lima bahasa - Bahasa Inggeris, Perancis, Indonesia / Melayu, Urdu, dan Parsi.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Pengurusan Dua Masjid Suci pada Ahad yang lalu.
Hari Arafah yang merupakan kemuncak Ibadah Haji, jatuh pada hari ke 9 Dhul Hijjah. Pada hari ini, semua jemaah Haji akan berada dalam daerah Arafah dengan ibadah. Selain berdoa sehingga matahari terbenam, sebelum berangkat ke Mudzalifah untuk bermalam di sana.
Khutbah Arafah juga boleh didengari menerusi aplikasi telefon pintar dan jua menerusi laman web rasmi Perbadanan Pengurusan Dua Masjid Suci di https://gph.gov.sa
Projek alih bahasa Khutbah Arafah ini, merupakan tahun ketiga perlaksanaannya yang menyaksikan pengguna dari seluruh dunia boleh mendapat manfaat daripada terjemahan secara langsung dari tanah suci Makkah.
Sumber : Saudi Gazzete