[VIDEO] BILA GOBIND SINGH DEO KENA SEKOLAH DALAM PARLIMEN


Oleh : Jebat

Gobind Singh Deo, ahli Parlimen DAP Puchong nampaknya dah bertemu buku dengan ruas apabila di 'sekolah'kan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), YB. Dato' Takiyuddin Hassan sewaktu usul pertukaran speaker dewan rakyat baru-baru ini.

Dan sepanjang perdebatan yang berlansung, nampak sangat ahli parlimen DAP Puchong ini cuba memutarbelit, memanipulasi malah mengelirukan dewan dengan hanya mengeluarkan undang-undang tertentu yang dilihat berpihak kepada perdebatannya.


Namun, Dato' Takiyuddin tidak terikut rentak temberang Gobind, sebaliknya beliau hanya berhujjah berdasarkan fakta dan undang-undang yang termaktub dalam peraturan mesyuarat dan perlembagaan persekutuan.

Sekaligus menyebabkan anak kepada Karpal Singh ini terkelu apabila disekolahkan di dalam dewan oleh bekas Majistret itu.

p/s : Banyak juga yang kita boleh pelajari dari perdebatan berkenaan. Antaranya 1) Speaker boleh ditukar tanpa perlu speaker sedia ada meletakkan jawatan, 2) Setiausaha parlimen tidak ada keperluan serahkan notis kepada setiap ahli dewan, 3) Benda baharu / normal baharu tidak semestinya satu benda yang salah, selagi mana dia mengikut peraturan dan perlembagaan.