MAHKAMAH TINGGI KE MAHKAMAH RAYUAN KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN


Oleh : Jebat

Kecoh betul di laman sosial mengenai keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan salah kesemua tuduhan (7 tuduhan) ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Ada yang gembira dan ada yang juga kecewa.

Yang gembira, mengakui bahawa sistem keadilan Malaysia telah bebas.

Bagi yang kecewa, hanya boleh menangisi keputusan berkenaan.

Adapun, aku dalam bab ni tak nak memihak sesiapa sebaliknya aku ingin menarik minat anda semua mengenai sistem kehakiman di Malaysia.


Sistem kehakiman sivil di Malaysia ini mempunyai 2 hiraki. Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rendah di dalamnya ada Mahkamah Majistret, Mahkamah untuk Kanak-Kanak dan Mahkamah Seksyen.

Manakala Mahkamah Tinggi, didalamnya ada Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawa, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan disamping Mahkamah Khas.

Dalam kes Najib Razak, keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi masih boleh dicabar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.




Nak cerita panjang-panjang, aku bagi contoh Kes Liwat Anwar 2.0 :

1. Pada 9 Jan 2012, dalam kes Anwar di Mahkamah Tinggi, hakim membebaskan Anwar dari sabitan Liwat.

2. Namun pada 7 Mac 2014, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

3. Selepas tu, Anwar sekali lagi membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan. Namun Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan mahkamah rayuan sambil menambah Anwar gagal membuktikan wujudnya dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.


Selesai 3 Lapisan Mahkamah Anwar cuba Saman Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Selepas gagal di 2 lapisan teratas dalam sistem kehakiman di Malaysia, Anwar bertindak mengemukakan saman di mahkamah tinggi bagi mengetepikan sabitan dan hukuman liwat dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan serta Persekutuan.

Namun saman berkenaan dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi selepas mendapati saman terbabit tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan munasabah, bersifat remeh, menyusahkan dan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Jadi secara amnya, Anwar pernah menang dalam kes liwat 2.0 di peringkat Mahkamah Tinggi (1 Hakim), kalah di mahkamah rayuan (3 hakim) dan sekali lagi kalah di Mahkamah Persekutuan (5 Hakim).


Kesimpulan

Jadi dalam kes Najib Razak, keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi (1 Hakim) ianya masih boleh dicabar lagi di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Perjalanan masih jauh sebenarnya. Cuma aku nak tengok, sekiranya keputusan hakim Mahkamah Rayuan berlawanan dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, adakah pihak yang gembira diawalnya akan bersetuju menyatakan mahkamah kita bebas ataupun sebaliknya.

Baca selanjutnya :

jurnalmalaysia.com/?p=1166

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-liwat-ii-mahkamah-putuskan-anwar-bersalah-kekal-hukuman-penjara-5-tahun-53667

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/398668/kes-liwat-mahkamah-tinggi-batalkan-saman-anwar