KERAJAAN DAP-WARISAN SABAH TUMBANG!


KOTA KINABALU, 29 Julai - Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersama ahli-ahli Dewan Undangan negeri Sabah diperkarangan kediamannya selepas mengadakan sidang media di sini hari ini. Tan Sri Musa akan berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Sabah malam ini untuk membentuk kerajaan baru di Sabah setelah mengakui mendapat jumlah Adun yang cukup untuk membentuk kerajaan baru.