DENGARKAN KHUTBAH ARAFAH MELALUI APLIKASI ARAFAT SERMON



Oleh : Jebat

Hari Arafah / Wukuf di hari Arafah merupakan kemuncak kepada ibadah Haji yang penuh berkah ini.

Pada hari ini, jemaah Haji akan berwukuf di Arafah sambil menadah tangan berdoa memohon keampunan dan pelbagai permintaan kepada ALLAH S.W.T.

Pada hari ini, Khutbah Arafah juga disampaikan sebagai peringatan kepada semua jemaah Haji dan umat Islam di seluruh dunia.

Dan sepertimana tahun-tahun sebelum ini, Pihak Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menjemput anda semua untuk bersama-sama menghayati Khutbah Arafah yang disampaikan secara langsung dari Tanah Haram.

Maka, kami menjemput anda semua untuk bersama-sama kami mendengar Khutbah Arafah menerusi Aplikasi Arafat Sermon, yang dibangunkan oleh Pihak Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

A) Goole Play : https://play.google.com/store/apps/details?id=sa.gov.gph.arafat&hl=en

B) Apple Apps : https://apps.apple.com/us/app/arafat-sermon/id1421350009

Anda juga boleh mendengarkan Khutbah Arafah melalui laman web menerusi link dibawah ini :

C). https://arafat.gph.gov.sa/

D). https://manaratalharamain.gov.sa/

Bagi pihak pengurusan PenaMinang.com, kami mendoakan agar ALLAH S.W.T memberikan kita pahala diatas segala amal ibadah kita, mengangkat wabah CORONA dari dunia dan melemparkan ke suatu tempat yang tidak ada manusia agar kita semua dapat kembali ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di masa akan datang. Insyallah. Salam Aidiladha, Taqaballahuminna Waminkum.