SUSULAN KERAJAAN DAP - WARISAN TUMBANG, SHAPIE APDAL BUBARKAN DUN SABAH

Oleh : Jebat

Susulan kerajaan "Katak" Warisan - DAP tumbang, Shapie Apdal mencari jalan penyelesaian dengan meminta DUN Sabah dibubarkan, sekaligus membolehkan pilihanraya negeri diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran.

Selepas PRU14 yang lalu, BN Sabah sebenarnya mempunyai kelebihan 2 kerusi selepas 2 ADUN BEBAS dari STAR mengambil langkah menyokong Barisan Nasional Sabah, pimpinan Bekas Ketua Menteri, Musa Aman. Malah, Musa Aman telah pun mengangkat sumpah pada malam selepas keputusan diperolehi daripada PRU14 tersebut.

Namun selepas 48 jam mengangkat sumpah, beberapa wakil rakyat DUN UPKO dan DUN UMNO bertindak melompat menyokong Warisan dan PH sekaligus memberi majoriti kepada DSP Shafie untuk membentuk kerajaan.

Kesemua DUN UPKO dan DUN UMNO yang melompat ini telah bertanding dengan logo, bendera, jentera BN, mendapat peruntukkan pilihanraya daripada BN, dapat sokongan rakyat semasa pilihanraya disebab faktor BN.

Sekaligus menyebabkan kerajaan Musa Aman jatuh dan Shapie Apdal membentuk kerajaan 'Katak' Warisan di Sabah.

Hakikatnya, yang merampas keputusan majoriti rakyat di Sabah adalah kerajaan 'Katak' Shapie Apdal. Namun, inilah perangai PH. Bila mereka buat, mereka kata itu hak rakyat. Bila BN buat, mereka katakan khianat rakyat.

Baca seterusnya :

https://www.sabahpost.net/2020/07/29/kerajaan-warisan-bukan-kerajaan-daripada-mandat-rakyat/