Oleh : Jebat
1. Keputusan Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti terbesar Melayu itu tidak lagi menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah sesuatu yang telah dijangka selepas keputusan hakim yang mensabitkan kesemua 7 pertuduhan ke atas Mantan Perdana Menteri, Najib Razak.
2. Namun, disebalik itu ada benda lain yang perlu kita kena perhalusi bahawa, ketika negara sedang berhadapan dengan krisis politik beberapa bulan yang lepas, ketika SPB YDPA memanggil kesemua ahli parlimen hadir ke Istana bagi ditemubual, Muafakat Nasional (UMNO & PAS) telah memohon agar SPBYDPA membubarkan parlimen.
3. Namun permohonan berkenaan ditolak oleh Agong yang melihat ada perkara lain yang lebih wajar diberikan perhatian. Iaitu ancaman COVID-19.
4. Untuk itu YDPA meminta kesemua pemimpin parti politik kembali dan berbincang bagi menamakan satu calon yang boleh diangkat menjadi Perdana Menteri. Dan pada ketika itu, nama Tan Sri Mahyuddin dicadangkan oleh PBBM menjadi PM. Dan nama berkenaan dipersetujui oleh Muafakat Nasional.
5. Maka Tan Sri Mahyuddin akhirnya menjadi PM ke 8.
6. Dan 'langkah Sheraton' yang menyebabkan Tan Sri Mahyuddin menjadi PM berlaku sejurus kekalahan demi kekalahan PH di tangan BN dalam beberapa siri pilihanraya kecil parlimen.
7. Kini, setelah beberapa bulan, dengan pelbagai ugutan dan pelecehan yang dilempar oleh MP PBBM kepada UMNO, maka mungkin ini juga menjadi kriteria penting untuk UMNO menjarakkan diri dengan PN.
8. Kerajaan yang ada hari ini amat rapuh dan bila-bila masa sahaja boleh tumbang. Dan melihat kerapuhan yang ada ini, adalah lebih baik PRU15 diadakan.
9. Dan kalau bersandarkan PRK Chini, rasanya SPR sudah mempunyai S.O.P yang tersendiri dalam memastikan PRU15 yang bakal berlansung nanti dijalankan dalam keadaan aman, tenteram dan selamat. Maka alasan COVID-19 tak boleh jalankan PRU adalah alasan tidak munasabah sama sekali.