NILAI MATA WANG TURKI (TURKISH LIRA) TERUS MENJUNAM

ISTANBUL - Mata Wang Turki (Turkish Lira) terus menunjukkan penurunan mendadak untuk minggu ini tatkala negara berkenaan terus dihimpit dengan ketidaktentuan ekonomi dan kadar inflasi yang meningkat.

Hanya dalam dua minggu, nilai Lira yang sekitar US$ 1 = 6.08 Lira pada asalnya, kini sudah menjadi bernilai 7.20 Lira dalam minggu pertama bulan Ogos.

Ini diburukkan lagi dengan pandemik COVID-19 yang bukan sahaja memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi dan pelaburan ke negara berkenaan, tetapi dalam masa yang sama kemasukan pelancong asing ke negara tersebut.

Untuk menambah penderitaan, pandemi COVID-19 telah mempengaruhi tahap pelaburan dan pelancongan asing.

Menurut seorang pakar Ekonomi, Mustafa Sonmez, krisis ekonomi di Turki sudah bermula sejak 2018 di mana tanda-tanda masalah mula dapat dilihat dari aspek pertumbukan ekonomi yang kurang memberansangkan.

Katanya lagi, kesan ekonomi semakin terasa apabila COVID-19 melanda sekaligus aktiviti pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang terbesar ekonomi Turki tidak dapat berfungsi sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

Malah, Bank Pusat Turki tidak mempunyai wang yang mencukupi ekoran dari penurunan kadar eksport dan pelancongan akibat dari pandemik yang terjadi. 

Untuk rekod, 1 Lira Turki bersamaan 57 Sen Malaysia - PenaMinang.com

Post a Comment

0 Comments