TRUMP UMUM KEJAYAAN 'NORMALISASI' HUBUNGAN DIPLOMATIK ISRAEL & EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)

Oleh : Anasz*


1. Antara berita yang paling mengejutkan aku malam tadi adalah twitt yang dikeluarkan oleh pentadbiran White House yang menyatakan mereka berjaya menemui jalan keluar dalam menormalisasikan hubungan diplomatik antara Emiriah Arab Bersatu & Israel.



2. Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, Trump (melalui Twitt yang dibuat) menyatakan normalisasi diantara kedua buah negara ini membantu menstabilkan rantau berkenaan, selain membuka peluang yang lebih besar dalam bidang ekonomi, pelancongan, pendidikan dan lain-lain.



3. Pastinya tindakan pemerintah UAE ini bakal mendapat kecaman dari pelbagai pihak terutama mereka-mereka yang terlalu emosi dalam isu Palestin - Israel.


4. Ketahuilah, tindakan normalisasi diplomatik antara UAE dan Israel ini bukanlah satu perkara baharu yang terjadi ke atas negara-negara di rantau berkenaan. 


5. Turki misalnya, sebuah negara yang sering dianggap 'musuh' Israel, tidak pernah mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi berkenaan. Malah kedua-dua negara ini mempunyai kedutaan rasmi di Ankara dan Tel Aviv.



6. Selain Turki, Qatar juga merupakan negara yang telah melaksanakan normalisasi diplomatik dengan Israel. Ini dibuktikan dengan lawatan Perdana Menteri Israel, Shimon Perez ke Doha pada tahun 1996.



7. Selain Qatar, Oman juga merupakan negara yang telah melaksanakan proses normalisasi diplomatik dengan negara Yahudi berkenaan.


8. Ini dapat dibuktikan dengan lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan isterinya, ke Muscat pada tahun 2018.



9. Jadi, usaha normalisasi hubungan diplomatik diantara Israel dan negara-negara Arab lain telah berlansung sebelum Trump berkuasa. Dan pada pandangan aku, ianya hanyalah satu tindakan rasionalisasi pemerintah negara berkenaan dalam menilai kepentingan negara dan rakyatnya berbanding negara lain.


10. Dalam masa yang sama, normalisasi yang terjadi ini mempermudahkan urusan-urusan lain yang lebih utama terutama sekali dalam proses memberikan bantuan kepada warga Palestin yang selama ini dihalang akibat dari kekangan hubungan diplomatik.



11. Perlu diingatkan juga, normalisasi UAE dan Israel ini juga adalah berpaksikan kepada persetujuan Israel untuk tidak memperluaskan kawasan mereka di tebing barat.


12. Walaupun aku secara dasar tidak bersetuju dengan tindakan UAE atau mana-mana negara di dunia yang mempunyai hubungan dengan Israel, ekoran negara berkenaan mempunyai dasar yang kejam terutama sekali ke atas penduduk Islam Palestin, namun dalam masa yang aku menghormati keputusan yang dibuat oleh para pemimpin Arab yang lebih memahami urusan dalaman rantau mereka berbanding kita yang tinggal di luar rantau berkenaan.


*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang analisis strategi dan keselamatan dari UKM.


Post a Comment

0 Comments