KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2020 - Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah berkongsi pengetahuan dengan Akademi Rabdan, sebuah institusi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengenai amalan terbaik kedua-dua negara dalam membendung penularan wabak COVID-19.
In cooperation between the UAE Ministry of Foreign Affairs & International Cooperation, & Ministry of Foreign Affairs-Malaysia,
— أكاديمية ربدان (@RabdanAcademy) August 9, 2020
Rabdan Academy &
Institute Diplomacy & Foreign Relations-Malaysia are conducting a Webinar titled:Covid19:Best Government Practices in The UAE&Malaysia pic.twitter.com/CTI6Mfw6Pv
Kerjasama itu terjalin pada persidangan maya merangkumi tiga tema utama iaitu sistem penguatkuasaan dan pemantauan, kesihatan dan isu antarabangsa selain menekankan hubungan diplomatik antara Malaysia dan UAE.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar berkata inisiatif itu penting bagi hubungan masa depan dan kerjasama lebih erat dengan sesi tersebut penting bagi kedua-dua pihak mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang situasi mencabar pada masa depan.
“Kami harap ini akan membuka jalan untuk lebih banyak kerjasama antara Malaysia dan UAE,” katanya dalam kenyataan berhubung ucapannya pada sesi pembukaan itu hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sultan Mohammed Al-Shamsi berkata negaranya mempunyai hubungan erat dengan Malaysia di mana beliau menekankan keperluan untuk bergerak secara bersama ke hadapan serta berkongsi kepakaran dan ilmu, bukan sahaja menghadapi pandemik COVID-19 tetapi juga krisis lain di masa depan.
Beliau berkata kerjasama sedia ada akan mengeratkan hubungan dua hala bagi menghadapi cabaran semasa.
“Faktor penting lain adalah lokasi strategik kedua-dua negara serta infrastruktur mantap dalam membantu mengurus rantaian bekalan, makanan dan peralatan perubatan,” katanya.
Sementara itu Duta UAE di Malaysia, Khalid Ghanem Al Ghaith turut memuji inisiatif itu dengan menambah kedua-dua negara itu mempunyai kerjasama erat melalui perkongsian pengetahuan dalam memerangi COVID-19.
Kick off of the Webinar : Covid 19: Best Government Practices in the UAE and Malaysia @RabdanAcademy@moiuae @ADPoliceHQ @DoHSocial @mohapuae@MoFAICUAE @IDFRMalaysia @KKMPutrajaya @MalaysiaMFA @PDRMsia @MYEmbAbuDhabi https://t.co/j0m4bZLKvZ pic.twitter.com/5Kpoc567S2
— أكاديمية ربدان (@RabdanAcademy) August 10, 2020
Misalnya, katanya, dari segi bantuan, UAE telah menyumbang bantuan peralatan perubatan iaitu 20,000 unit kit ujian COVID-19 serta pelitup muka dan Malaysia berbalas dengan menyumbang lapan tan makanan kepada negara itu.
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.