Perintah reman yang bermula hari ini hingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber SPRM, lelaki berumur 29 tahun itu dan tunangnya yang berusia 28 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 5.44 petang semalam selepas mereka hadir menyerah diri.
Pada 12 Jun lepas, media melaporkan SPRM sedang mengesan seorang bekas pegawai kanan kepada seorang bekas menteri bagi membantu siasatan kes.
Media memetik SPRM sebagai berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Saifullah Mohd Minggu@Mohd Hisham, 29, dan beralamat terakhir di Km2, Jalan Bubul, Peti Surat 351, 91308, Semporna, Sabah.
Sebelum itu, SPRM dilaporkan telah mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan tersebut pada 27 Julai lalu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengemukakan dokumen dan invois palsu.
Pemilik syarikat berkenaan didakwa menggunakan dokumen palsu berhubung Tender RFP- Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.