Lim Oon Kuin dituduh menghasut seorang pekerja Hin Leong untuk memalsukan dokumen yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat UT Singapore Services, menurut pihak berkuasa.
“Dokumen itu menetapkan bahawa Hin Leong telah memindahkan lebih satu juta tong minyak gas ke Perbadanan China Aviation Oil (Singapura) ,” tambah polis Singapura.
“Dokumen itu didakwa digunakan untuk memperoleh pembiayaan dagangan lebih AS$56 juta (RM 234 ribu 836 Juta) dari sebuah Institusi kewangan.”
Siasatan sedang dijalankan ke atas kesalahan lain yang di dakwa dilakukan oleh Lim, kata polis lagi.
Polis pada bulan April mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Hin Leong.
Ia berikutan langkah syarikat itu memfailkan perlindungan muflis setelah pengasasnya, seorang hartawan, didapati gagal mendedahkan kerugian bernilai ratusan juta dolar yang dialami syarikat tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Lim telah mengarahkan syarikat itu supaya menyembunyikan kerugian hampir AS$800 juta (RM 335 Juta 478 ribu 153) akibat kegiatan spekulasi dalam niaga hadapan minyak sepanjang beberapa tahun.
Afidavit yang ditandatangani Lim menunjukkan kejatuhan mendadak harga minyak sedunia akibat pandemik COVID-19 dan perang harga di kalangan negara-negara pembekal utama sebagai sebab di sebalik masalah kewangan yang dihadapi syarikat itu.
Afidavit itu juga menyatakan bahawa Lim serta merta meletak jawatan selaku pengarah syarikat milik keluarga itu namun tidak menjelaskan berapa lama kerugian dicatatkan.
Ia kini sedang bergelut untuk membayar semula hutangnya bernilai of AS$3.85 bilion (RM 15.935 bilion).
Masalah yang dihadapi syarikat itu dikatakan menjejas 23 bank. HSBC dilaporkan paling terjejas dengan hutang sekitar AS$600 juta (RM 2.516 bilion), disusuli ABN Amro sebanyak AS$300 juta (RM 1.258 Bilion).
Pada Mei, cabang perkapalannya Ocean Tankers, memohon diletakkan di bawah pengurusan penyelia yang dilantik mahkamah.
Sumber : CNA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.