BANGI, 13 Julai 2020 – Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Masliza Mahmood menjadi wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom.
Dr Masliza memperoleh ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Of Otago, New Zealand dan Ijazah Sarjana Perubatan dari UKM dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Perubatan Kardiovaskular) di University of Oxford seterusnya menjadi pensyarah di universiti tersebut.
Dalam kenyataan yang ditulis olehnya di ruangan Facebook, Dr Masliza berkata beliau bertuah kerana diberi peluang untuk meletakkan nama Malaysia di peta dunia dalam bidang perubatan kardiovaskular.
“Ini adalah memori indah yang sangat berharga untuk saya. Saya sangat terharu dengan kata-kata positif, mesej-mesej yang memberi inspirasi dan ucapan tahniah yang diberikan kepada saya. Terima kasih kepada semua,” katanya.
Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memberi tumpuan kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baru untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.
Dr Masliza juga turut menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).
Sumber : UKM
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.