Sultan Qaboos bin Said, Pemerintah Oman dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu |
Oleh : Taufiq Tuah*
Sesungguhnya telah celaka seorang Muslim setelah mereka ber wala' bersama musuh-musuh Islam. Bagaimana mereka boleh berkasih sayang dengan musuh Islam yang sangat jelas permusuhannya.
Sebelum ini, kita ketahui beberapa negara Islam yang memang ada hubungan dengan Israel yang mana antaranya ialah Albania, Iran dan Turki. Akhir-akhir ini, muncul pula sebuah negara kaya yang mula berbaik dengan Israeil iaitu United Arab Emirates (UAE).
UAE mula membuka hubungan normalisasi ini dan ini merupakan perkara yang sepatutnya sangat mengaibkan negara Islam. Namun apakan daya, UAE ialah negara yang tidak tahu malu.
Tidak lama selepas UAE, beberapa negara Islam lain pula mulai menampakkan kecendurangan mereka untuk berbaik dengan Israel antaranya ialah Maghribi, Sudan dan Bahrain.
Polar ini menampakkan bahawa ini semua telah dicaturkan sesama mereka. Seolah-olah perbuatan keji negara-negara ini sebenarnya sedang mendesak dua parti besar di Palestin untuk berbaik dengan Israel.
Hal ini kerana Israel boleh memujuk dengan berkata, "Negara yang sejauh UAE pun boleh berbaik dengan kami, kenapa Fattah dan Hamas tidak dan degil?". Jika Fatah dan Hamas menolak pujukan Israel, maka dunia akan melihat seolah-olah Fatah dan Hamas ialah parti yang sombong kerana tidak mahu berbaik. Sedangkan seorang Muslim sepatutnya tahu bahawa Israel ini penuh muslihat dan sifat permusuhan terhadap Islam. Wallahi tidak akan ada kebaikan apabila berbaik dengan mereka.
Di pihak Fatah dan Hamas, sudah tentu yang terbaik ialah mereka tidak berbaik dengan Israel. Malah sebenarnya tidak perlu mana-mana Muslim pun yang bertindak berbaik dengan Israel.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia”
(Surah Al Mumtahanah : 1)
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ
“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka”
(Surah Al Mujadilah : 22)
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آَيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ
“Sungguh Dia telah menurunkan kekuatan kepada kalian di dalam kitab bahwa jika kalian mendengar ayat-ayat Allah diingkari atau dihina (oleh orang kafir), maka janganlah duduk bersama mereka sampai mereka membicarakan hal lain. Kerana sesungguhnya (jika kalian tetap duduk bersama mereka), sungguh kalian seperti mereka”
(Surah An Nisaa’ : 140)
Apakah muslihat yang telah mereka caturkan? Wallahualam. Semoga Allah merosakkan tangan-tangan mereka. Negara-negara Islam sepatutnya terus mengukuhkan hubungan sesama negara-negara Islam. Jauh sekali pula berbaik dengan musuh Allah yang paling nyata.
UAE sebagai negara GCC dan OIC sepatutnya tidak melakukan tindakan keji ini. Walaupum secara peribadi, saya tidak terkejut kerana UAE memang kelihatan semakin hari semakin mengangkat liberal di dalam negara mereka.
Artikel Terdahulu : TRUMP UMUM KEJAYAAN 'NORMALISASI' HUBUNGAN DIPLOMATIK ISRAEL & EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)
*Penulis merupakan salah seorang pengendali laman Gerakan Pena Malaysia
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.