Bahkan, ia akan menjadi negara terakhir untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, lapor akhbar al-Qabas pada Ahad (16 Ogos) yang menukil sumber pemerintah Kuwait.
Israel dan UAE mengumumkan perjanjian pada Khamis yang membuka jalan bagi memulihkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, menjadikan UAE hanya negara Arab ketiga yang melakukan demikian, selepas Mesir dan Jordan.
"Pendirian Kuwait tetap konsisten dengan pendekatan dasar luar negaranya sejak berpuluh-puluh tahun lamanya yakni menyokong perjuangan Palestin, kerana ia adalah isu utama Arab, dan hanya menerima sebarang huraian yang diterima oleh rakyat Palestin," lapor al-Qabas.
Palestin mengecam perjanjian Israel-UAE, sementara itu negara GCC lain seperti Arab Saudi dan Qatar tidak memberikan sebarang komentar berhubung perjanjian tersebut.
Manakala Oman dan Bahrain, memuji langkah yang diambil oleh UAE dan Israel.
Sumber : Reuters
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.