KUALA LUMPUR, 2 September 2020 - Arab Saudi terus kekal sebagai satu daripada rakan dagang terbesar negara di rantau Asia Barat dengan mencatatkan nilai dagang RM22.3 bilion tahun lalu.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata walaupun hubungan Malaysia dengan Arab Saudi mungkin dilihat agak menurun, kerajaan sentiasa komited jalinkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang dengan negara itu.
"Hasil hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi, semasa negara dilanda pandemik COVID-19, Arab Saudi menyumbang sejumlah peralatan perubatan kepada kerajaan Malaysia yang merupakan sumbangan terbesar diterima daripada negara asing.
“Ia termasuk alat bantuan pernafasan mudah alih sebanyak 150 unit, pelitup muka pembedahan tiga lapisan sebanyak lima juta helai, pelitup muka jenis N95 satu juta unit dan pakaian jumpsuit perubatan sebanyak 80,276 pasang,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Senator Siti Fatimah Yahaya yang mahukan penjelasan berhubung kedudukan hubungan diplomatik Malaysia dengan Arab Saudi yang dilihat menurun sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dan langkah-langkah untuk memulihkan semula hubungan.
Kamarudin menjelaskan kerajaan Arab Saudi juga telah memudah cara urusan repatriasi rakyat Malaysia dari negara itu disebabkan peningkatan COVID-19 di negara berkenaan.
Sehingga hari ini, katanya 1,264 rakyat Malaysia dibawa pulang dari negara itu melalui 11 penerbangan khas pesawat Saudi Arabian Airline (SAUDIA) dan satu daripadanya ditaja oleh kerajaan Arab Saudi iaitu penerbangan pada 11 April.
Katanya seramai 45 rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada penerbangan percuma itu.
"Walaupun terdapat kekangan COVID-19, hubungan dua hala Malaysia - Arab Saudi terus dikukuhkan melalui persidangan video antara Menteri Luar kita dan Arab Saudi serta perhubungan di pelbagai peringkat tertinggi.
“Justeru jelas hubungan dua negara ini dilihat semakin produktif dan dinamik di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.